Saturday, February 2, 2013

Kehangatan Maulid Akbar

Alhamdulillah..

Semalam, 2/2/2013, telah berlangsungnya Maulid Akbar di Masjid Muaz, Setiawangsa. Kemeriahan sepanjang program itu memang diluar kotak jangkaan aku. Mana taknya, dah sampai kat masjid tu, terkejut betul aku bila tengok ramai gila yang sanggup bersesak di dalam mahupun di luar perkarangan masjid untuk mencari tempat beribadah, berqasidah, dan mendengar ceramah dari para ulama yang datang. Lepas tanya kat sorang member ni, owwh.. baru aku tahu, rupanya Ustaz Don Daniyal Biyajid datang malam tu. No wonderlah kot.


Sejujurnya, aku rasa malas gila kot nak pergi semalam. Sebabnya memang planning nak duduk je kat rumah. Ingat nak tulis blog dan update pasal penggambaran telemovie terbaru aku iaitu 'Aku Benci Mama'. Takpun nak mula menulis dua skrip supertele aku yang telah diperam sejak sekian lama.. (Matilaaa~). Walaupun sebenarnya semalam aku sedang mengalami kesedihan yang bagai nak 'banging' je kepalaku di dinding rumah. Namun aku think positive, setiap yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah sedang melindungiku, atau mungkin belum sampai 'masanya' lagi. Jadi, aku bersyukur-sangat-sangat bilamana one of my member who I call him as AwanBiru, keep calling me supaya datang program semalam. Thanx bro.


Jadi, sampai-sampai je di masjid, tu dia. Solat Maghrib dah nak bermula. Nak mencelah di dalam masjid memang taklah, sebab pack gila kot. Kelam kabut jadinya. Last-last, mujur aku bawa serban yang pada mulanya memang nak pakai di kepala, namun akhirnya aku menjadikan ia hamparan untuk kami bersolat di jalan tar luar masjid. Pheuuw..Setelah lama 'tak' rasa pengalaman seperti itu, alhamdulillah, Allah tetap memberikan keselesaan untuk bersolat. Hinggalah akhirnya, program pun bermula dengan qasidah-qasidah, dituruti agenda ceramah, diselangi dengan hujan =.='.v dan akhirnya solat Isyak berjemaah juga di luar masjid. Alhamdulillah.



Quote kata-kata Habib malam tu :
'Tangan-tangan yang diangkat untuk berqasidah dan berdoa pada Allah, jangan pula digunakan ke arah yang salah.' 

Quote kata-kata Ustaz Don Daniyal Biyajid :
'Mengapa ada orang sanggup untuk membayar tiket yang berharga ratusan ringgit, sedang kita dipilih untuk menghadiri majlis ilmu yang tidak dikenakan bayaran'. Contohilah akhlak nabi, kerana itu bukti/kesan kita yang gemar ke majlis-majlis seumpama ini berbanding orang lain.' -lebih kurang macam ni lah maksud ayat dia. (=.=).v

*Tika hujan turun..

Berikut adalah tips-tips bagaimana anda dapat menambahkan lebih banyak pahala dalam majlis agama yang besar macam ni:

1. Bawa sejadah, tikar, serban atau surat khabar untuk hamparan solat.
Untuk menghadiri majlis-majlis atau event islami yang besar macam ni, anda dinasihatkan untuk bawa barangan macam ni banyak-banyak. Supaya, anda boleh memberikan keselesaan pada orang lain dan juga pada diri sendiri, in case kalau tak cukup ruang solat di dalam majlis. Sekaligus, betapa ramainya orang yang menggunakannya untuk bersolat, dan selagi mana ianya dipijak atau diduduki, insyaallah, ganjaran pahala akan terus mengalir. Malah ianya tidak mengurangi pahala anda walau sedikitpun.



2. Bawa minyak attar untuk dikongsi
Sebenarnya jarang terfikir akan perkara ni. Namun semalam tertarik dengan kebaikan seorang pemuda yang membawa minyak attar dan berkongsi dengan para jemaah yang ada di luar masjid. Pergh! Anda bayangkan, selagi mana haruman tersebut tidak hilang, selagi itulah pahala akan terus diraih pemuda tersebut tadi. Apatah lagi bilamana ia dibawa untuk bersolat? Namun hati-hati, tak semua orang suka menggunakan minyak attar! Tanya dulu, baru calit kat orang, okay.

3. Bawa duit untuk bersedekah.
For sure, majlis-majlis macam ni confirm ada tabung derma. Tabung derma untuk Palestin, wakaf, pembinaan masjid, bantuan orang sakit dan lain-lain. Jadi, silalah bawa duit untuk bersedekah. Sesungguhnya tidak ada beza pahala pun sama ada anda bersedekah dengan wang tunai RM 100 mahupun hanya 5 sen sahaja.


4. Bersalaman dengan para jemaah.
Tidakkah anda pernah mendengar bahawa akan gugurnya dosa-dosa 2 orang yang saling bersalaman dari celahan jari mereka? Malah, para malaikat akan terus mendoakan mereka selagi mana kedua orang yang bersalaman itu tidak berpisahan. Jadi, kalau nak banyak pahala, sampai je majlis, terus salam dengan orang. Makin lama majlis itu, maka makin banyaklah kebaikan-kebaikan yang didoakan oleh para Malaikat.


5. Niat iktikaf.
Jika di luar negara, mazhab-mazhab lain memegang pada pendapat di mana sahaja tempat kita bersolat, maka di situlah masjidnya. Berbeza dengan di Malaysia, mazhab Syafie tidak memegang pada pendapat seperti itu. Justeru itu mengapa di Malaysia kita ada surau, madrasah dan juga masjid. Jadi, pahala bersembahyang di masjid itu tidak mungkin akan sama dengan pahala bersembahyang di surau. Di surau, anda tidak boleh berniat iktikaf apatah lagi solat sunat tahiyatul masjid. Jika diberi kesempatan, maka pilihlah untuk masjid berbanding ke surau. Okay.

Insyaallah.
Menulis kerana Allah.
Dan menulis kerana diri sendiri yang ingin menulis.
Jika ada sebarang kesilapan, mohon diperbetulkan.
Moga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
Sirpunk-4.59pm, 2/2/2013

No comments:

Post a Comment

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...