Friday, February 1, 2013

Nyawa Aku dan Kami

Assalamualaikum wbt..

Jam sekarang tepat menunjukkan pukul 2.00 pagi tanggal 1/2/2013.

Dan ya. Aku kembali menulis blog. Sejujurnya aku memang dah malas nak menulis blog. Malas nak menerawang dalam dunia ni lagi, malas nak menulis dan update-update bagai, malas nak fikirkan pasal dekorasi blog ni dan malas dengan segala-galanya mengenai blog. Sampailah akhirnya aku terfikir, macam mana dulu mula-mula aku ada passion nak buat blog?

Ada orang tulis blog untuk melontarkan pemahamannya pasal sesuatu, ada orang tulis blog untuk meluahkan emosinya pasal sesuatu, dan ada orang juga tulis blog untuk generate income mereka sendiri. Dulu aku buat blog atas dasar IkhwahFillah. Atas dasar aku tulis blog memang viewers dia hanya terdiri dari kawan-kawan aku je. So, banyaklah update gambar-gambar member, banyak buat video-video untuk member dan banyak story-story pasal member.

Tapi after 'something' happen to us. Aku dah stop menulis blog. Mungkin lebih awal sebelum kejadian 'something' itu terjadi. Aku sendiri dah tak ingat pasal apa tiba-tiba aku berhenti dari menulis. Mungkin juga pasal masalah 'hati' yang terjadi kot. Mungkin. Atau mungkin pasal time tu ada 'what we call em akhwat' dah mula perasan pasal blog aku, so aku stop tulis. Ada yang kata, bentuk penulisanku ini jenis suka provoke orang dan sebagainya. Ada juga yang kata blog aku ni bermasalah, sebab aku banyak update gambar-gambar member tanpa kebenaran tuannya dan sebagainya.

Jadi, sedikit sebanyak ianya memberikan kesan untuk aku berhenti dari menulis. Entahlah. Tapi alasan paling tepat yang aku boleh cakap adalah, mungkin aku malas, cepat putus asa dan tak istiqamah kot. Jadi sebab tu blog ni berhabuk gila aku rasa. Last-last, aku tutup blog ni, aku buang segala entry yang ada kat dalam. Tapi kemudian, ramai pulak kawan-kawan aku yang suruh aku kembali menulis. So, dengan sedikit kata-kata motivasi, aku pun cubalah memberikan nyawa semula pada 'AkudanKami.blogspot' ni. Konon-kononnya time tu aku nak menulis segala macam perkara mengenai industri seni hiburan dari perspektif Islam. Sebab tu ada entry 'Reborn Again'. 

But then, aku rasa aku takde kepakaran untuk menulis seperti itu. Malas nak buat kajian or research. Last-last, hasilnya aku cuma copypaste je benda-benda yang aku rasa cam 'best'. So, passion dah takde, nak buka blog sendiri pun rasa macam malu gila kot. Sampailah akhirnya, blog ni terus tak update. Terbiar bagai anak haram yang terbuang di jalanan. Sampaikan banyak benda yang dah 'new' dalam blog pun aku tak tahu. Sekarang ni terasa macam jadi budak baru belajar nak buat blog pulak. Hahaha. Apapun, tahniah to Mentadakkakikidal, Soutul Ikhwah, Satu Ummah dan blog-blog ikhwah lain yang masih terus update. Terus menulis dan menyumbangkan ilmu kepada followers anda.

Kenapa Berblogging semula?

Semua ni aku rasa pasal Hanis Zalikha kot. Seorang blogger yang akhirnya sekarang ni dah jadi seorang pelakon yang semakin meningkat naik dalam industri seni. Aku jumpa minah ni pasal dia sekarang tengah berlakon satu skrip telemovie aku bertajuk 'Aku Benci Mama'. Mula-mula aku tak tahu pun dia ni blogger. So aku tertanya-tanya, kenapa TV3 boleh accept dia untuk pegang watak heroin? Siapa minah ni? Terkenal sangat ke? Malah producer pun memang nak ambil dia berlakon. So, dari situ aku decide nak ke location, then akhirnya berjumpalah dengan dia ni. 


Dari situ, dia cerita kan pasal permulaan dia masuk dalam industri. Semuanya bermula dari blog dia. Dan time tu, aku rasa cam 'Wow' gila kot. Tak sangka, dari blogging saja, peluang rezeki dia terbuka luas.  Dari blog, dia boleh generate income. Dari blog, producer nak ambil dia berlakon. Dari blog, dia buat marketing business dia, dari blog, dia dah ada peminat dia sendiri. So, kat situlah aku mula terfikir betapa besarnya kuasa dunia blog ni. Jadi, mungkin pasal itu kot aku kembali cuba memberikan nyawa baru untuk blog ni. Tiba-tiba passion tu datang semula. Tambahan pula, tak sangka,masih ada beberapa memberku yang terus meminta aku agar terus menulis. Walaupun dah bertahun tak jumpa dan dah bertahun blog ni terkubur, mereka masih ingat dengan blog ni. Thanx buddy.

So, I decided to write again.
Insyaallah.
Menulis kerana Allah.
Dan menulis kerana diri sendiri yang ingin menulis.

Sirpunk-2.47am, 2/1/2013

No comments:

Post a Comment

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...