Monday, July 8, 2013

My 1st Drama Series : Dia Tetap Ayah, Cast : Namron, Zalfie Raoul, Ana Dahlia, Sherry Ibrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 

Harini aku punya drama siri yang pertama akan ke udara kat astro prima untuk slot bulan Ramadhan.  Muahahahha.. Riak tahap Dewa.. ($.$).v

*Lawo tak? Muahahha
Fuh.. (=.=') 
Tak sia-sia aku pergi rawatan akupuntur dulu. Hasil dari story dengan doktor yang cucuk-cucuk kat muka aku ni lah (aku ada bellspalcy, dekat setahun masih tak sembuh-sembuh lagi), aku dapat story ni.. Dia yang minta aku propose cerita ni berdasarkan pengalaman hidup dia. Katanya, sebab nak bagi pengajaran kat sesiapa yang tonton. So, alhamdulillah. Terima kasih doktor. Jasamu, ku kenang walaupun bellspalcy ku masih tak sembuh-sembuh lagi :)

Tajuk dia, Dia Tetap Ayah. Akan bersiaran Insyaallah dari Isnin hingga Khamis dekat astro prima, pukul 5.00pm-5.30pm, sepanjang bulan ramadhan ni.. Ianya akan diarahkan oleh MakMie (Pengarah Setia Hujung Nyawa) dengan barisan pelakon lama dan baru seperti Namron, Zalfie Raoul, Sherry Ibrahim, Ana Dahlia, Yuswaisar, Watie Sadali, dan lain-lain lagi..

*Lakonan abang Namron yang biasanya tak mengecewakan aku. So far, ada 3 story aku yang dia dah berlakon. Thank You bang.

Jadi, sesiapa yang bosan dan takde kerja nak buat tu, bolehlah jenguk sat kat TV. Kot-kot sesiapa yang tengah nak siapkan juadah puasa dan kuih raya tu, bolehlah uli-uli tepung ke, memasak ke, dekat depan TV k? Open 5 minit pun jadilah.. Naikkan rating. Muahahahha.. 

Apepun, sebelum aku bagi sinopsis cerita ni, meh aku story sikit betapa peritnya aku nak siapkan skrip ni.

Fuh..~ Kalau nak ikutkan, jujur aku cakap, waktu aku nak tulis cerita ni, aku rasa nak hire je penulis pembantu. Stress gila-gila kot! Mana taknya? Kalau nak ikutkan, aku dah lama siapkan cerita ni awal-awal. Sampaikan, waktu nenek aku meninggal kat Indonesia dulu pun aku bawa laptop dan buat kerja kat sana. Kurang ajar kan? Tak hormat langsung majlis! Dah aku nak buat macam mana? Orang kata nak shoot cerita ni awal. Kelam kabut gila aku siapkan..

*Curi dari Instagram Aizat Hassan. Pelakon baru yang bawa watak penting dalam cerita ni. Hopefully you can make it bro..!

So, after settle majlis pengkebumian arwah nenek aku tu, we got around 5 days lagi kat Indonesia untuk rest dan tahlil arwah. So, my mom and my sis decide nak pergi jejalan dan tengok-tengok kawasan sekitar sana. Yelah, bukan selalu pun fly ke Indonesia. Tapi apakan daya, disebabkan aku kena siapkan kerja ni, aku terperuklah dalam bilik hotel sorang-sorang! Faham tak betapa stressnya aku..? Men! This is my time to spend with family! What am I doing here?!!

Lepas tu, balik Malaysia, aku dah hantar skrip ni dekat 12 episod (Semua 16 episod), so left another 4 yang kena settlekan lagi. Tapi, this time dah boleh ambik nafas sikitlah. Bolehlah tenang-tenang menulis baki episod. Tidaklah sampai tak tidur malam macam 12 episod sebelum ni. But the thing is, aku ingat orang yang meminta tu dah baca skrip aku dan takde apa-apa masalah, cos diorang tak contact aku langsung for feedback. So, aku assume ok lah kot. Diorang sukalah tu. Agaknya?

But suddenly, dan-dan je.. bila esok nak shooting, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Tup. Dapat call kata yang pengarah nak jumpa kat office. So then, aku pergilah kat office. Guess what? Aku kena tukar semua jalan cerita aku..!! From the 1st episode kot! Menangis syahdu aku dalam hati time tu. Yelah. Mana taknya, aku ingat dah takde masalah sebab tak dapat perkhabaran dari pihak yang meminta awal tu.. Tapi, last-last.. Aaaarghh!!! Kenapa time ni baru bagitahu? Baru ingat plan nak tidur awal! Aku dah tak tidur berhari-hari.. Cis!

*Yang ni pulak curi dari instagram abang Namron. Muahahaha. Aku sengaja buat kaki dia melecur kena air panas! :)

Takpe. Aku adalah writer baru. Penulisan aku banyak lagi perlu diperbaiki. Aku tak kisah untuk belajar dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mak Mie yang mengajar aku about structure and graph menulis drama bersiri ni. Sebab sebelum ni aku banyak tulis telemovie je.. Kalau buat drama bersiri pun, biasanya dengan writer lain. Contoh, Kisah Cinta, TV3 dengan Eenaz Mokhtar, Rawan, TV9 dengan panel MIG. So, inilah kali pertama aku tulis drama bersiri yang full. Jadi, aku tak salahkan sesiapa. Malah aku berterima kasih kat semua yang sudi mengajar aku macam mana nak tulis skrip ni..

Yelah. Aku pun sebenarnya bukan dari bidang penulisan. Dulu aku belajar Muamalat Admin kat UUM, tulis skrip ni, saja suka-suka, tapi tak tahu akhirnya ramai orang suka dengan idea aku.. So, aku pun pilih menulis skrip as my career. Alhamdulillah. Lagipun, kerja mana yang tak stress? Kan..? Ingat menulis tak stress ke? Cer tulis. Aku menulis Dia Tetap Ayah ni sampai tak tidur malam kot, sehari kena siapkan 4 episod lepas tu. Memang hazab. Lagi-lagi, bila dapat call dari orang production tengah-tengah malam. Fikir lak ayat ' kitorang tak boleh buat kerja kalau skrip kau tak siap, macam mana nak book day pelakon, tempat, prop dan lain-lain.'

Fuh.. Time tu memang aku rasa dah nak give up dah.. Memang rasa nak terbaring kat hospital je terus.. Aku merindui saat-saat aku tengah syok main game dengan tengok movie time tu.. (T.T'). Siap solat hajat kot aku untuk drama ni. Alhamdulillah, Allah menguatkan aku untuk menulis cerita ni. Terima kasih Allah. Aku tak jatuh sakit waktu tu.. Kalau tak, tak jadi shooting cerita ni. Hmmm..

*Curi lagi dari Instagram Aizat Hassan. A relationship between abang dan adik in this story. Hopefully the chemistry good as I expected!

So, habis berceloteh, seperti yang dijanjikan, ini sinopsis Dia Tetap Ayah, aku tulis simple je, cos aku nak sarankan korang tengok cerita ni. Muahahahaha :

DIA TETAP AYAH
Mengisahkan tentang Helmi yang telah berkahwin dengan 3 orang isteri iaitu Maisarah, Faridah dan Alisha. Helmi kemudian menceraikan Maisarah setelah Maisarah tidak sanggup lagi untuk dimadukan. Anak-anak Maisarah, Raimi, Ramli, Mira dan Sarah kemudian telah diabaikan sehinggalah mereka membesar sendiri. Setelah kematian Faridah dan Alisha, Helmi kemudian dihantar ke rumah orang-orang tua atas faktor penyakit dan usianya. Media kemudian membuat liputan di rumah orang tua berkenaan sehinggalah anak-anak Maisarah yang telah dewasa tadu mengetahui akan berita tersebut. Atas dasar ihsan, keempat-empat anak Maisarah ini mengambil Helmi semula dan menjaganya. Namun yang demikian, mereka mula menyedari bahawa mereka masih lagi berdendam dengan apa yang dilakukan Helmi  terhadap mereka dahulu.

*Nok jugak letak gambar dengan Zalfie Raoul. (Ramai yang ingat ni gambar aku dengan Rosyam Nor. Muahahhaha. Takat ni ambo tak pernah bergambar dengan abang Rosyam.)

P/s : Sebenarnya, idea asal cerita ni sangat panjang. Tapi disebabkan kami dapat slot untuk duration 30 minit sahaja, cerita mengenai keluarga Faridah dan perihal Alisha terpaksa dimatikan. So, boleh cakap, apa yang ditayangkan kat TV nanti hanya sekitar 60% sahaja dari idea asal. Apepun, selamat menonton. Semoga membawa sedikit kebaikan untuk semua dalam menjaga hubungan dengan seseorang yang bergelar ayah. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Peace Yo! :)

Sirpunk - 12.46pm, 8/7/2013

12 comments:

  1. wow...

    steady la incek rizal!
    keep up the good work
    teringin nak belakon dalam cerita nta buat tapi tak pandai belakon pun. pandai mengajar je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Thanx abu dzar..
      Selamat menjalani ibadat puasa :)

      Delete
  2. best cita ne, tp setengah jam jak setiap hari...rasa mcm 10 minit jak dya main stiap kali tgk, khusyuk2 tgk cita ne, eh, abiz suda....

    ReplyDelete
  3. ble taw x apa tjuk lagu 2k ost cita ne???

    ReplyDelete
  4. Tgh mnonton skrg ni di Astro Prima.. Jln citer memang best.. ska tgk abg Namron brlakon.. sejahat2 ayah kita yg prnah lakukan kt kta dia tetap ayah kta.. maafkan lh mreka sbelum mreka mninggalkn kta buat slama2nya.. stiap insan pasti prnah membuat ksilapan.. itu sja yg dpt mmbantu mreka sbg seorang anak.. :-)

    ReplyDelete
  5. salam. saya pun penulis baru. last menulis tahun 2001. Sekarang baru nak mula balik. lama sangat merajuk dengan industri. dalam bank proposal ada bnyk juga sinopsi.. ada yang dah bagi2 pada producer.. tapi.. tgh nak tambah kenalan dalam bidang yang sama.. :)

    ReplyDelete
  6. Best..dh abis dh..mcm x puas lh nk tgk..sedih smpai menitis air mata tgk episod last smlm..

    ReplyDelete
  7. Sya record cite nih. abah ngn adik suke sgt tengok. tp mmg sedih La cite nih. skang nih abah tgh sebok soh cr ost cite ni Lak.. hehe

    tp cite nih mmg best! da lame xlayan drama melayu =)

    ReplyDelete
  8. Episod last hrni ...ulang blk di astro maya hd....sedih giler sampai wt ak nangis wei..bila dgr lagu arwah surdirman 'ayah dan ibu' lg menistis nitis air mata ni 😭😭😭 teringat ak kt arwah mak bpk ak ...alfatihah buat kedua org tua ku...korang yg msih ade mak bpk tu hargai la mereka selagi mereka masih bernyawa..

    ReplyDelete
  9. Ada tak link utk dwnload cerita ni??puas cari tak jumpa2

    ReplyDelete
  10. Betsson paypal | ThauberBet 카지노 카지노 dafabet link dafabet link 2624Real Cash Roulette and Slots Review - StillCasino.com

    ReplyDelete

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...