Friday, February 15, 2013

How To Pitching Your Script

Assalam..
Bertemu kembali..Cak!

So, untuk posting kali ini aku akan menceritakan mengenai perihal aktiviti biasa penulis skrip ni. We call it as pitching. What is pitching? Owh aku tak pandai bahasa Inggeris. Boleh google translate, tapi disebabkan malas, kata hatiku mengatakan tidak. Pitching ni dia lebih kurang meeting je sebenarnya. Discussion on how you sell your idea to TV. As a script writer, you kena ada cara macam mana nak bercakap dengan baik, supaya orang dapat tangkap apa yang you nak sampaikan, sekaligus dia tertarik to buy that story. So, be prepare k!

Alhamdulillah. Setelah setahun setengah aku terjun dalam bidang penulisan skrip ni, satu bidang yang sangat mak ayah aku gabra how can I be survive by writing je, aku dah lulus dalam 5 skrip untuk awal tahun ni. Setakat ni lima-lima dah pitching, yang terakhir semalam, dan yang paling awal dah tengah editing je tinggal. Namun apakan daya, semuanya telemovie which is three of it SuperTele. Oklah. Alhamdulillah gak. Lima tajuk tersebut "Aku Benci Mama, Sirna, Hembusan Terakhir, Dia al-Amin dan Seruan Kuda Kepang."

Suasana Pitching di RTM :

Pitching kat RTM ni ok. Aku pitch for Sirna, Hembusan Terakhir dan Seruan Kuda Kepang. Tiga-tiga supertele. Semuanya di bawah Suhan Movies. Seruan Kuda Kepang di bawah pengarahan Ismail Yaakub, Sirna dan Hembusan Terakhir di bawah pengarahan Heykal Hanifah. Skrip by aku lah kan..?

Pitch kat RTM ni dia macam formal sikit which is good la.. Panelis dia 5 orang dan apa yang pasti diorang semua jauh lagi tua dari aku.. (=.='). Jadi, gayanya for sure akan ditanya banyak-banyak soalan, kadang ia jadi sedetail-detail alam sampai aku pun jadi blank dengan cerita sendiri. Hahaha. Mujur ada pengarah dan orang-orang penerbit yang tolong back up bila aku stuck..So, alhamdulillah. Everything smooth. Sekarang tengan work on script.


Suasana Pitching kat TV9 :

Pitching kat TV9 paling aku suka. Dia santai. Lepak. Boleh gelak kuat-kuat. Panelis dia pun muda-muda lagi. Mungkin sebab tu kenapa suasana pitching dia paling aku suka. Tak banyak kerenah. Malah idea yang dikembangkan dari discussion pun makin mantap. Nak-nak bila ada Rosyam Nor yang lagi UmmpH kan agar TV9 yakin dengan produk from Suhan Movies. So, kat sini aku pitch untuk telemovie Dia al-Amin, another heavy story yang aku buat dengan TV9 after Neraka Abah. Alhamdulillah. Pengarah yang akan direct cerita ni sekali lagi Heykal Hanifah, director Neraka Abah juga.


Suasana Pitching kat TV3 :

Sejujurnya aku takut picthing kat TV3 ni. Sebab apa? Sebab dia tv3 lah. Ramai yang dah kata tv3 ni memang banyak kerenah sikit berbanding stesyen lain. Nak itu, nak ini, taknak tu, taknak ni. Apapun, apa yang anda dengar pasal tv3 itu memang ternyata benar-benar belaka. Jadi, kalau anda dapat job dengan tv3, diharapkan anda banyak-banyak bersabar. Mereka sedang buat kerja untuk jaga rating mereka, jadi husnuzon k. Istighfar banyak-banyak. Senang cerita kalau anda tak suka, silalah hantar cerita anda kat stesyen lain je k. 

Untuk tv3 ni aku buat job untuk telemovie "Aku Benci Mama" which is tajuk dia masih tak confirm lagi cos TV3 taknak tajuk kasaq-kasaq macam ni. Untuk tajuk, Insyaallah akan diupdate kemudian. Actually Aku Benci Mama ni it shouldnt be mine. Aku dapat job ni dari Eenaz Mokhtar (Writer for Fatihah untuk Abah dan Sehangat Asmara) yang tak sempat untuk tulis idea dia yang bertajuk 'Bintang Kejora' sebab dia busy writing 'Kisah Cinta'-TV3, coming soon. So, bila aku dapat job ni, aku diberi sinopsis yang mula-mula aku blur sikit bila baca. Mana taknya? The idea is for drama series, but disebabkan TV3 minta ia dijadikan telemovie je, aku pun terpaksalah compile the whole story to one and half hours story je. 

Then bila dah faham, aku pun tulis skrip. Bagi kat pengarah and penerbit baca tiba-tiba diorang suka pulak. Sebab aku jadikan story tu heavy yang betul-betul heavy. Bawak TV3, habis semua minta ditukar from beginning until end of the story. Sampai kat set pun kena tukar a few scene lagi. Walhal sedang shoot tu. Haha. Gelak aku sendiri. Sampai Eenaz Mokhtar pun kata, 'takpe, cerita ni dah bukan cerita akak. Awak tulis jelah apa yang diorang nak tu'. Aku pun jadi, hurm..=.=. Takpelah. Pengalaman. Mereka pembeli. Kita penjual. Customer always right kan? So, itulah apa yang terjadi dengan pitching aku di TV3.


Apapun, berdasarkan pengalamanku yang sikit ni, kat sini aku nak bagi a few tips kalau anda nak pergi Pitching kat TV:

1) Make it simple
Tolonglah. Bila anda nak terangkan about your story, please dont tell whole story sampai benda-benda yang tak perlu diterangkan pun nak bagitahu. Kalau boleh tak payah rujuk pun kat sinopsis anda. Terang apa yang anda ingat dan penting saja. Sebab kalau anda terangkan panjang lebar, ia akan buat panelis rasa bosan dan 'hilang' dari penumpuan. Except kalau cerita anda tu best sangat. So far aku rasa, ada writer yang terangkan panjang lebar tu lah yang lagi banyak persoalan-persoalan panelis bagi sebab diorang dah hilang dari cerita anda.

2) Confident and Louder
Cakap biar terang dan kuat. Bagi semua dengar. Yang tertidur pun akan terjaga. Yang tak fokus akan fokus. Yang main handset akan letak handset kat meja. Ini apa yang aku belajar dari Rosyam Nor bila aku tengok gaya dia nak jual cerita. Cakap biar jelas, semangat, yakin yang cerita kita ni memang best walaupun ia tak best sekalipun. Kalau boleh pandaikan lagi berseloroh about our story. Nah, baru orang nak dengar apa yang kita cakap. Sebab tak mengantuk dan fun-fun je nak dengar.

3) Buat homework
Study dulu cerita kita. Ini penting. Nak-nak dekat RTM. Sebab diorang biasanya akan tanya sedetail-detail alam. Course diorang nak uji level confident kita mungkin, nak tengok betapa kita faham dengan cerita yang kita nak tulis. So, be prepare!

4) Toleransi
Biasanya kat pitching pun kadang-kadang boleh jadi masalah sentap menyentap. Jadi, toleransi kena ada. Jangan nak ikut kepala dia je. Nak-nak orang-orang yang ada dalam industri seni ni yang memang terkenal dengan keegoan masing-masing. Kadang kita sebagai penulis skrip, kita nak cerita yang kita tulis sama dengan bayangan kita. Tapi kita tak tahu masalah kat set macam mana. Pengarah mungkin tak dapat apa yang kita 'nak' kan atas sebab-sebab budget, suasana lokasi dan sebab-sebab lain. 

Apapun, Level pemahaman bila seseorang itu membaca berbeza-beza. Setiap orang tak sama. So, kita faham cerita kita macam ni, tapi pengarah faham macam tu. Sebab tu kena lunturkan ego masing-masing. Pengarah pun sama jugak. Kenalah beretika sikit bila mengarah, kalau ada sebarang perubahan pada skrip, jangan buat suka-suka. Kena bagitahu writer. Sebab apa-apa hal kalau busuk, nama masing-masing jadi taruhan. Begitu jugak toleransi kita dengan TV. Sebab TV pun ada rating yang perlu dikejar mereka dan ada elemen-elemen yang mahu ditonjolkan untuk para penonton. Jangan ikut sedap kita je.

At last, semuanya berbalik pada who is the customer? Customer always right. Bagi aku, jangan terlalu nak perjuangkan hak sampai akhirnya semua tak dapat job. Nah, time tu baru tahu erti penyesalan. Lesap habis gaji writer, krew, pelakon, director ngan produser terus. Baru tahu. Kalau anda nak pertahankan hak kerana hukum Allah takpe. Takut, ni nak pertahankan scene-scene yang mengundang dosa lagi. Tepuk dada, tanya Iman.

5) Datang awal
Datang awal supaya anda tak sangkut dalam jem, hujan dan sebagainya. Sebab meeting pitching bukan sekadar meeting. Its about selling the idea kat TV. Selain dari anda boleh buat homework juga, ia akan membuat anda lebih prepare dan confident untuk bercakap.

Sekian,
Sirpunk, 8.02am, 15/2/2013




9 comments:

  1. sirpunk nak tanya sikit kalau kita ni penulis cerita asal drama dan bukan penulis skrip drama..kita kena pergi sesi pitching juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous :

      Terpulang pada penerbit nak bawa ke tak..
      Kalau bawa lagi bagus..
      Tapi kalau tak bawa pun takde masalah..
      Just.. Penulis skrip drama nanti kene contact penulis idea asal jika ada apa-apa yang nak diubah., tapi menjadi kebiasaannya, ubah atau tak ubah, semuanya akan dibincangkan penerbit, pengarah dan tv waktu meeting.. Dan keputusan akhir panel tv yang tetapkan.. Kat Malaysia ni 'perangai' dia macam tu.. Kat oversea tak.. S

      Delete
    2. Penulis idea asal actually boleh request untuk datang.. Tapi rasanya tak perlu susahkan diri.. Just pastikan bayaran idea asal dibayar.. :)

      Delete
    3. thanks for the reply...and the advice, Penerbit gatal nak suruh i ikut dia sekali untuk pegi pitching walaupun i cuma penulis idea asal.

      Delete
  2. Salam.saya juga seorang penulis skrip baru.baru ni drama hadiah dari syurga karya saya. Sy nak add saudara dlm fb.ada beberapa pkr yg nk ditanya.boleh beri email saudara.terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam.saya baru berjinak-jinak dalam bidang ini... Sy nak add saudara dlm fb. disebabkan ingin bertanya tentang apa yang saya masih tidak tahu.boleh beri email saudara.terima kasih

    ReplyDelete
  4. terima ksh, info yg menarik, ada dua persoalan, umur saya dah agak lewat dan saya warga Spura, dpt ke di trima pihak Malaysia.
    Saya telah menulis sebuah buku 'Kecurangan, persoalan dan Hurain, trbitan DBP dan novel "Dendam Tg Ratu'

    ReplyDelete

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...