Tuesday, February 5, 2013

JUVANA THE MOVIE : CONGRATULATION ALFIE PALERMO!

"Kalau kita kena tumbuk, kita nak balas pakai apa? Matematik?"

"Kat sini undang-undang aku yang korang pakai, korang makan bila aku suruh makan.,korang tidur bila aku suruh tidur,.korang kencing bila aku suruh kencing. FAHAM?"

Yaaaargh! Itulah antara dialog-dialog yang best dan melekat dalam otak aku lepas tengok Filem Juvana dengan taglinenya, Aku Tidak Akan Terperangkap Selama-lamanya.

Alhamdulillah. Ahad lalu, aku berkesempatan untuk menonton Filem Juvana ini bersama mak dan adik aku di Wangsa Walk. Mungkin agak lambat, tapi bagi menunjukkan yang aku support cerita kawan facebookku - Alfie Palermo, aku pun datang juga dan tengok kat pawagam. Seriously, memang sangat-sangat best cerita ni. Sebuah karya yang mantap! Dari poster, storyline, lakonan, visual, editing and bla, bla, bla semuanya cantik belaka! Dari mak aku yang keberatan nak tengok cerita-cerita yang berat camni, terus bertukar pandangan dia haritu. Hilang habis rasa mengantuk dia setiap kali tengok cerita yang ada 'isi' macam ni. 

Sebuah filem melayu yang tak rugi untuk tonton di pawagam. Itu yang boleh aku cakap. 10 scene pertama je dah catch mata penonton dari tertidur. Memang gempak. Patutlah Datuk Yusuf Haslam sendiri kata meremang bulu roma tengok filem ni. Aku sendiri pun dapat merasakannya. Filem ni penuh dengan unsur-unsur suspens, drama, sarat dengan mesej yang menceritakan bagaimana percubaan budak-budak juvana ini untuk 'keluar' dari penjara yang didiami mereka. Daim dengan kehidupannya di luar Juvana. Botak, Apek, Ayam, Kicap, dan lain-lain yang masih lagi ditahan dan dipindahkan ke sekolah baru atas penutupan sekolah lama mereka. Masing-masing ada konflik dan juga jalan cerita mereka tersendiri.

 
Namun apa yang paling aku suka dengan filem ini ialah perubahan karakter antara Botak dan Apek yang mana Apek pula yang menjadi budak pailang di sekolah baru mereka. Segala-galanya terjadi apabila bekas pelajar WiraBakti ini bertemu dengan Lan Todak dan juga Jamal. Di situ, twist karakternya begitu cantik dan WoW! It just running very nice and smooth. Sampai kadang kita yang menonton je rasa geram dan nak kata 'Kau ni apahallah jadi macam ni bongok!'. Hahaha. Kemunculan karakter baru seperti Lan Todak, Jamal dan juga Ali memang tidak mendatangkan masalah bagi aku. Sebab aku terus tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya dan terasa macam nak lagi nak lagi dan nak lagi.. Cuma aku mungkin ada masalah pada karakter Sara yang membuatkan aku rasa agak 'tenang' sedikit setiap kali scene dia muncul.


Kemunculan Nabila Huda dan Sara Ali sebagai cameo dalam filem ini juga membuatkan aku rasa lebih 'Peerghh!!' untuk filem ini. Walaupun hanya muncul dalam satu scene sahaja, ianya jelas meninggalkan kesan pada aku. Memang ternyata kedua-duanya adalah pelakon berbakat yang mampu menghidupkan karakter mereka dan boleh menangkap mata penonton seolah-olah mengatakan 'Hey, I'm here. Look at me. Look at me.' Hahaha.

                                          *Look at Me =.='

Apapun, filem Juvana ini lebih menceritakan kepada perubahan karakter mereka ke arah yang lebih positif. Jadi pengisiannya bertambah dari siri drama mereka ia sedia punya isi dan ianya tidaklah kosong seperti kebanyakan filem aksi di Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang belum tonton, dipersilakanlah untuk menontonnya. Dan kepada sesiapa yang belum tengok lagi siri drama Juvana, anda dinasihatkan untuk menontonnya terlebih dahulu sebelum menonton filem ini.

Sekian,
sirpunk - 5/2/2013, 9.18am

No comments:

Post a Comment

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...