Sunday, July 24, 2011

Pertikaian drama tahajud cinta? Salah siapa?

Assalamualaikum.
Huh. Setelah sekian lama diriku tidak menulis apa-apa di blog ni (Sebab asyik copy paste aje..Haha), kini diriku tergerak untuk menulis sedikit mengenai isu baru yang hangat diperkatakan kini mengenai bantahan sekumpulan para pelajar dan masyarakat Malaysia yang tidak menggemari akan drama terbaru di TV3, Tahajud Cinta, yang diterbitkan oleh Erma Fatima.

Sejujurnya aku sendiri telah mengikuti perkembangan siri drama ini sejak hari pertama ia ditayangkan memandangkan ianya dikatakan sebuah karya yang paling islamik di Malaysia setakat ini. Lagipula telah menjadi kebiasaan sekiranya sesebuah drama yang diterbitkan oleh Erma Fatima seperti 'Tersasar di Jalanmu', 'Air mata Salina' dan lain-lain lagi pastinya mempunyai mesej yang menarik dan dekat dengan hati masyarakat kaum melayu selain  turut menampilkan barisan pelakon yang hebat-hebat belaka.

Namun, bagi seseorang yang mungkin jelas akan apakah pengertian dakwah yang sebenar, pasti akan melihat beberapa kepincangan pada beberapa adegan di dalam episod permulaan drama ini. Aku tidak mengatakan bahawa aku adalah orangnya. Paling tidak, sesiapa sahaja yang asalnya pernah menyampaikan walau satu ayat juga boleh digelar sebagai seorang pendakwah. Tetapi aku sangat yakin dan faham mengapa ada segolongan pihak yang membantah akan drama ini.

Berdasarkan kepada apa yang diperhatikan diriku, selaku seorang pelajar yang juga belajar di dalam jurusan pengurusan islam (muamalat admin), masalah yang sebenar adalah berpunca dari segi perbatasan pergaulan di antara seorang muslimah yang berpurdah yang berkeinginan menegakkan dakwah bersama dengan pelajar-pelajar lelaki lain, yang juga turut belajar dalam bidang keagamaan dan ingin menyebarkan risalah-risalah itu. Jadi, kerana itulah sekiranya anda membaca komentar-komentar facebooker pada page di atas, kebanyakan daripada mereka merasakan bahawa beberapa adegan yang divisualkan itu seolah-olah menjatuhkan martabat seorang muslimah yang bertudung labuh dan berpurdah. Dalam erti kata lain, 

'masak seorang muslimah yang ingin menyebarkan islam itu bisa berdua-duaan bersama dengan pria lain. Santai libur sambil maken bareng tanpa perasaan segan silu sesama mereka. Padahalkan mereka itu belajar dalam jurusan usuluddin. Jadi dimana perasaan malu yang seharusnya ada pada diri mereka itu ya akh?'

Apapun, disini aku tidak berminat untuk mengkritik karya-karya orang lain. Cuma aku lebih memilih untuk mengambil jalan tengah dan menyatakan di manakah ketidakpuashatian yang timbul oleh mereka yang membantah drama ini. Tambahan pula, salah seorang dari penulis skrip drama ini juga seorang kenalanku di facebook dan sama arenanya denganku. Jadi, mungkin kepada sesiapa yang berada di dalam arena penulisan skrip ini boleh menganggapkannya sebagai sebuah 'karma' kepada seseorang itu. Dan disitulah hikmahnya yang kita pernah perbincangkan dulu mengenai dimanakah hak-hak seorang penulis dan pengkarya itu.  Jadi, kepada yang jelas mengenai isu ini silakan terus mentafsir mengapa aku katakannya sebagai sebuah 'karma', dan kepada yang tidak tahu, silakan untuk terus tidak mengambil tahu kerana tidak perlulah dicari sesuatu yang akhirnya akan mengundang bala kepada diri sendiri.

Namun, salute still goes to Erma Fatima since kebanyakan karya-karyanya adalah bertemakan keislaman yang sarat dengan nilai pengajaran dan mesej-mesej yang menarik. Jadi untuk terus mengatakan bahawa karya ini 'buruk' sama sekali mungkin ianya adalah sesuatu yang agak tidak adil memandangkan terdapat banyak lagi isu-isu lain yang akan diketengahkan melalui drama ini. And I believe that. Lagipula, paling tidak Erma Fatima cuba membuka hati dan memberi peluang kepada para pelakon kita untuk menutup aurat. Anda mampu? :)

No comments:

Post a Comment

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...