Monday, July 8, 2013

My 1st Drama Series : Dia Tetap Ayah, Cast : Namron, Zalfie Raoul, Ana Dahlia, Sherry Ibrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 

Harini aku punya drama siri yang pertama akan ke udara kat astro prima untuk slot bulan Ramadhan.  Muahahahha.. Riak tahap Dewa.. ($.$).v

*Lawo tak? Muahahha
Fuh.. (=.=') 
Tak sia-sia aku pergi rawatan akupuntur dulu. Hasil dari story dengan doktor yang cucuk-cucuk kat muka aku ni lah (aku ada bellspalcy, dekat setahun masih tak sembuh-sembuh lagi), aku dapat story ni.. Dia yang minta aku propose cerita ni berdasarkan pengalaman hidup dia. Katanya, sebab nak bagi pengajaran kat sesiapa yang tonton. So, alhamdulillah. Terima kasih doktor. Jasamu, ku kenang walaupun bellspalcy ku masih tak sembuh-sembuh lagi :)

Tajuk dia, Dia Tetap Ayah. Akan bersiaran Insyaallah dari Isnin hingga Khamis dekat astro prima, pukul 5.00pm-5.30pm, sepanjang bulan ramadhan ni.. Ianya akan diarahkan oleh MakMie (Pengarah Setia Hujung Nyawa) dengan barisan pelakon lama dan baru seperti Namron, Zalfie Raoul, Sherry Ibrahim, Ana Dahlia, Yuswaisar, Watie Sadali, dan lain-lain lagi..

*Lakonan abang Namron yang biasanya tak mengecewakan aku. So far, ada 3 story aku yang dia dah berlakon. Thank You bang.

Jadi, sesiapa yang bosan dan takde kerja nak buat tu, bolehlah jenguk sat kat TV. Kot-kot sesiapa yang tengah nak siapkan juadah puasa dan kuih raya tu, bolehlah uli-uli tepung ke, memasak ke, dekat depan TV k? Open 5 minit pun jadilah.. Naikkan rating. Muahahahha.. 

Apepun, sebelum aku bagi sinopsis cerita ni, meh aku story sikit betapa peritnya aku nak siapkan skrip ni.

Fuh..~ Kalau nak ikutkan, jujur aku cakap, waktu aku nak tulis cerita ni, aku rasa nak hire je penulis pembantu. Stress gila-gila kot! Mana taknya? Kalau nak ikutkan, aku dah lama siapkan cerita ni awal-awal. Sampaikan, waktu nenek aku meninggal kat Indonesia dulu pun aku bawa laptop dan buat kerja kat sana. Kurang ajar kan? Tak hormat langsung majlis! Dah aku nak buat macam mana? Orang kata nak shoot cerita ni awal. Kelam kabut gila aku siapkan..

*Curi dari Instagram Aizat Hassan. Pelakon baru yang bawa watak penting dalam cerita ni. Hopefully you can make it bro..!

So, after settle majlis pengkebumian arwah nenek aku tu, we got around 5 days lagi kat Indonesia untuk rest dan tahlil arwah. So, my mom and my sis decide nak pergi jejalan dan tengok-tengok kawasan sekitar sana. Yelah, bukan selalu pun fly ke Indonesia. Tapi apakan daya, disebabkan aku kena siapkan kerja ni, aku terperuklah dalam bilik hotel sorang-sorang! Faham tak betapa stressnya aku..? Men! This is my time to spend with family! What am I doing here?!!

Lepas tu, balik Malaysia, aku dah hantar skrip ni dekat 12 episod (Semua 16 episod), so left another 4 yang kena settlekan lagi. Tapi, this time dah boleh ambik nafas sikitlah. Bolehlah tenang-tenang menulis baki episod. Tidaklah sampai tak tidur malam macam 12 episod sebelum ni. But the thing is, aku ingat orang yang meminta tu dah baca skrip aku dan takde apa-apa masalah, cos diorang tak contact aku langsung for feedback. So, aku assume ok lah kot. Diorang sukalah tu. Agaknya?

But suddenly, dan-dan je.. bila esok nak shooting, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Tup. Dapat call kata yang pengarah nak jumpa kat office. So then, aku pergilah kat office. Guess what? Aku kena tukar semua jalan cerita aku..!! From the 1st episode kot! Menangis syahdu aku dalam hati time tu. Yelah. Mana taknya, aku ingat dah takde masalah sebab tak dapat perkhabaran dari pihak yang meminta awal tu.. Tapi, last-last.. Aaaarghh!!! Kenapa time ni baru bagitahu? Baru ingat plan nak tidur awal! Aku dah tak tidur berhari-hari.. Cis!

*Yang ni pulak curi dari instagram abang Namron. Muahahaha. Aku sengaja buat kaki dia melecur kena air panas! :)

Takpe. Aku adalah writer baru. Penulisan aku banyak lagi perlu diperbaiki. Aku tak kisah untuk belajar dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mak Mie yang mengajar aku about structure and graph menulis drama bersiri ni. Sebab sebelum ni aku banyak tulis telemovie je.. Kalau buat drama bersiri pun, biasanya dengan writer lain. Contoh, Kisah Cinta, TV3 dengan Eenaz Mokhtar, Rawan, TV9 dengan panel MIG. So, inilah kali pertama aku tulis drama bersiri yang full. Jadi, aku tak salahkan sesiapa. Malah aku berterima kasih kat semua yang sudi mengajar aku macam mana nak tulis skrip ni..

Yelah. Aku pun sebenarnya bukan dari bidang penulisan. Dulu aku belajar Muamalat Admin kat UUM, tulis skrip ni, saja suka-suka, tapi tak tahu akhirnya ramai orang suka dengan idea aku.. So, aku pun pilih menulis skrip as my career. Alhamdulillah. Lagipun, kerja mana yang tak stress? Kan..? Ingat menulis tak stress ke? Cer tulis. Aku menulis Dia Tetap Ayah ni sampai tak tidur malam kot, sehari kena siapkan 4 episod lepas tu. Memang hazab. Lagi-lagi, bila dapat call dari orang production tengah-tengah malam. Fikir lak ayat ' kitorang tak boleh buat kerja kalau skrip kau tak siap, macam mana nak book day pelakon, tempat, prop dan lain-lain.'

Fuh.. Time tu memang aku rasa dah nak give up dah.. Memang rasa nak terbaring kat hospital je terus.. Aku merindui saat-saat aku tengah syok main game dengan tengok movie time tu.. (T.T'). Siap solat hajat kot aku untuk drama ni. Alhamdulillah, Allah menguatkan aku untuk menulis cerita ni. Terima kasih Allah. Aku tak jatuh sakit waktu tu.. Kalau tak, tak jadi shooting cerita ni. Hmmm..

*Curi lagi dari Instagram Aizat Hassan. A relationship between abang dan adik in this story. Hopefully the chemistry good as I expected!

So, habis berceloteh, seperti yang dijanjikan, ini sinopsis Dia Tetap Ayah, aku tulis simple je, cos aku nak sarankan korang tengok cerita ni. Muahahahaha :

DIA TETAP AYAH
Mengisahkan tentang Helmi yang telah berkahwin dengan 3 orang isteri iaitu Maisarah, Faridah dan Alisha. Helmi kemudian menceraikan Maisarah setelah Maisarah tidak sanggup lagi untuk dimadukan. Anak-anak Maisarah, Raimi, Ramli, Mira dan Sarah kemudian telah diabaikan sehinggalah mereka membesar sendiri. Setelah kematian Faridah dan Alisha, Helmi kemudian dihantar ke rumah orang-orang tua atas faktor penyakit dan usianya. Media kemudian membuat liputan di rumah orang tua berkenaan sehinggalah anak-anak Maisarah yang telah dewasa tadu mengetahui akan berita tersebut. Atas dasar ihsan, keempat-empat anak Maisarah ini mengambil Helmi semula dan menjaganya. Namun yang demikian, mereka mula menyedari bahawa mereka masih lagi berdendam dengan apa yang dilakukan Helmi  terhadap mereka dahulu.

*Nok jugak letak gambar dengan Zalfie Raoul. (Ramai yang ingat ni gambar aku dengan Rosyam Nor. Muahahhaha. Takat ni ambo tak pernah bergambar dengan abang Rosyam.)

P/s : Sebenarnya, idea asal cerita ni sangat panjang. Tapi disebabkan kami dapat slot untuk duration 30 minit sahaja, cerita mengenai keluarga Faridah dan perihal Alisha terpaksa dimatikan. So, boleh cakap, apa yang ditayangkan kat TV nanti hanya sekitar 60% sahaja dari idea asal. Apepun, selamat menonton. Semoga membawa sedikit kebaikan untuk semua dalam menjaga hubungan dengan seseorang yang bergelar ayah. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Peace Yo! :)

Sirpunk - 12.46pm, 8/7/2013

Saturday, July 6, 2013

The 1st Book by Diana Amir : Titisan Mahabbah

Assalamualaikum wbt.

Hi, korang semua. Just nak post sikit pasal buku pertama yang ditulis Diana Amir bertajuk Titisan Mahabbah.
*Lawa tak cover dia? Aku beli pasal cover je sebenarnya.. hahaha. (walaupun aku jenis malas membaca, tapi aku suka beli buku, sampai buku-buku kat rumah ni berhabuk sebab tak terusik. Isk3.)

Share sikit apa yang ditulis di cover belakang buku ini :

TITISAN MAHABBAH

Dalam setiap hembusan nafas, langkah dan tidur,
Allah Swt sentiasa memerhati,
Walau sering melakukan Khilaf, tidak mensyukuri dan menginginkan lebih,
Allah Swt sentiasa di sisi,
Menunggu doa hambaNya meminta hanya kepada yang hakiki,
Kerana kemerosotan jiwa, nikmat dan hidayah yang diberi dipandang sepi,
Tetapi, Allahuakbar! Kasih-Nya tidak berbelah bagi,
Peringatan untuk pulang kepada yang merindui sering kembali,
Biar alam, air mata dan kalam menjadi saksi,
Lantas segala hikmah dari perjalanan hidup menuju Ilahi ku teliti,
Apabila ku sedar, tiada terhentinya 'Titisan Mahabbah' dari Ilahi,
Ku sambut ia dengan kesyukuran nan suci.

*Aku dapat tandatangan dia, korang ade? Riak tahap tertinggi. Muahahaha.

Diana Amir seorang gadis biasa yang bertindak secara luar biasa, meninggalkan zaman kegemilangan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang berlaku sebenarnya? Ranjau apakah yang dilalui sepanjang perjalanan kehidupan gadis ini?

Naskhah ini adalah himpunan kisah peribadi beliau yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati. Hayatilah coretan kisah-kisah ini sebaiknya. Ia bukan sahaja penghibur pada kala sunyi, bahkan pengubat keresahan hati. (Ini bukan aku tulis. Ada kat cover belakang. Jadi kalau korang rasa sunyi, insyaallah, buku ini akan memeriahkan hidup anda. Muahaha..)

P/s: Aku perlukan setahun untuk menghabiskan 122 mukasurat ini. Jadi, kalau ada yang Pm aku suruh komen pasal buku ni, tunggulah lagi setahun K.

Sirpunk - 11.04am, 6/7/2013

Forum Gaza Kini & Sambutan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Khamis, bersamaan dengan 4 Julai 2013 yang lalu, Usrah Fitrah dengan kerjasama AmanPalestin telah menganjurkan 1 forum yang diberi nama 'Forum Gaza Kini & Sambutan Ramadhan yang diadakan di Masjid Muttaqin, Wangsa Melawati.




Jadi, forum kali ini diadakan tak lain dari untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai keadaan Gaza, Palestin yang masih lagi terus berjuang untuk mendapatkan semula alQuds dan tanah air mereka yang telah dijajah zionis, selain dari untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang semakin menjelang tiba.

*Saudara dari Palestin.
Alhamdulillah. Sebab Allah masih memberikan aku kekuatan untuk menyertai program ini. Dan alhamdulillah juga sebab meeting PrePro untuk shortfilm aku petang tu tak drag sampai ke malam. Dan alhamdulillah lagi, sebab hujan petang tu tak turun lebat sampai ke malam. Dan Alhamdulillah lagi sekali, sebab aku masih ada motorsikal kapcaiku untuk ke sana. Kalau tak, alamatnya memang aku tak pergi jugak program ni. Hahaha..

Namun apapun, satu berita sedih yang baru aku dapat tahu pagi itu adalah berlaku rampasan kuasa kepimpinan Perdana Menteri Morsi di Mesir bilamana tentera Mesir sendiri telah menggulingkan presiden mereka yang dipilih secara sistem demokrasi. What the hell kan?.(O.o').v. Patutlah pagi tu aku tengok facebook aku, newsfeed penuh dengan posting kawan-kawan dari Mesir yang menyatakan kesedihan mereka terhadap apa yang berlaku di sana. Kita yang duduk jauh dari sana pun dah rasa sedih, apatah lagi yang ada kat sana? Tengok Islam VS Islam, yang untungnya musuh-musuh Islam jugak.


No wonderlah bila sahabat aku dari Palestin, Hamza Deirawi (one of the panel malam tu) post kat fb dia, cakap yang dia tak lepas border untuk masuk ke Mesir sebab kena sekat hampir 20 jam beberapa hari lepas. Mungkin disebabkan atas faktor keselamatan? Ceh! Apapun, semuanya alasan je tu. Kalau ikutkan pengalaman aku ke Mesir dan nak masuk ke Palestin, askar-askar Mesir ni memang 'sejenis' sikit. Sentimen pemikiran yang diterapkan waktu pemerintahan Hosni Mubarak dulu ternyata masih melekat lagi dalam pemikiran mereka.


Baru je Mesir buka sempadan untuk keluar masuk Mesir-Palestin sewaktu di bawah kepimpinan Dr. Morsi, alih-alih, tak sampai setahun, alamatnya jadi sukar kembalilah nak masuk ke Palestin lepas ni. Sudahlah waktu zaman kepimpinan Hosni Mubarak lebih 30 tahun lalu, kemasukan keluar masuk Mesir-Palestin sukar. Bantuan makanan dan perubatan apatah lagi kan?


So sekarang ni, ramai pemimpin-pemimpin dunia termasuk Arab Saudi, UAE, Iran dan lain-lain yang menyokong dan mengucapkan tahniah pada Mesir atas penggulingan ke atas kepimpinan Dr. Morsi. Kelakar lak. Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang telah menghafal al-Quran di dalam dadanya, digulingkan, dan disokong pula oleh mereka yang bergelar Islam. Sedangkan terdapat sebahagian paderi itu sendiri ada menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Dr. Morsi. Adoyai. Buat malu je.


Kalau ikutkan rasa hati, memang nak marah. Tapi kita ni tak boleh buat apa melainkan dari terus berdoa, dan menyatakan sokongan dan mengutuk melalui Facebook jek. Mujur ada Facebook, tapi tu pun Israel jugak. So, kita gunakanlah medium yang ada ini untuk sebaik-baiknya. Harap-haraplah, Mesir tidak menyekat lagi bantuan yang masuk ke dalam Palestin seperti dulu. Kita doakanlah K. Amin.


Apapun, tak dapat nak share banyak mengenai Forum malam tu, sebab malam tu fikiran aku ke laut banyak dan sibuk tangkap-tangkap gambar je. So, ini je gambar yang boleh dikongsikan :

*Sebahagian keluarga Usrah Fitrah yang datang.
*Suasana forum malam itu yang dihoskan Suffian Saujana @ DJ Radio IKIM
*Gambar bersama abang Mus, abang Suffian, Diana Amir, dan kak Aida Khalida. Kami berceloteh mengenai kejadian 'halus' yang jadi di Pondok Tarbiah kat Janda Baik tempoh hari.
*Kami semua bersama rakan dari Palestin. Sorry, gambar tak cantik, malas nak godek2 cari yang cantik..

Sirpunk - 9.15am, 6/7/2013

Tarbiah Pondok Usrah Fitrah (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Hari ini diberi kesempatan untuk menjengah blog yang dah dekat beberapa bulan ditinggalkan kini.. Kadang rasa malu jugak pada diri sendiri.. Why Rizal? Why..? Kau selalu cakap kau akan selalu update blog.. Tapi last-last.. Tu dia.. Berbulan dah kau tinggalkan akudankami.. Sian dia..Itulah.. Kalau dah niat menulis kengkonon nak buat sideincome (matilah).. Last-last.. Haram.. Ke laut lagi lah aku..

 *Gambar bersama saudara muallaf, Adam Corrie aka Dragon. Jika ditanya pada aku tentang dia, satu perkataan yang terbit dari bibir aku, 'Malu'.

By the way.. Saat aku nak buat posting baru ni pun aku rasa malu dekat diri sendiri. Amanah pada masa, amanah pada blog, amanah pada nikmat (boleh menulis) yang diberikan langsung tak dijaga dengan sebaiknya.. apatah lagi amanah pada pengikut blog walaupun cuma 6 orang jek.. Aaarghh!! Like anyone cares..? Mujur jugaklah ada pembaca blog ni yang contact aku via FB dan tanya pasal posting aku kat blog.. Kalau tak, memang terus terbiar je lah blog ini.. Hahaha :)
*Sebelum bertolak ke Janda Baik. Sedang menunggu Heliza Helmi datang.

Ok. Untuk posting kali ini, Insyaallah, aku nak share sikit pengalaman aku dan Usrah Fitrah berTamrin/Daurah di Janda Baik. Jadi, kami menginap di Penginapan Aman Rimba. Kalau orang tanya pasal tempat dia.. Sumpah Wallahi aku cakap memang terbaik tempat ni.. Sangat-sangat eksklusif dengan semua fasilities dia sangat selesa.. Siap ada swimming pool, tempat snooker, Wii, decoration setiap rumah yang sangat-sangat PERGH!! Rasa macam tak puas pulak duduk sana 3 hari 2 malam. Sudahlah makanan yang dihidangkan sedap-sedap, rasa macam bila aku kahwin nanti, aku nak panggil je catering diorang ni.. Hahaha. 

 *Antara Kemudahan yang ada di penginapan kami. Nampak tak keselesaannya?

Tapi apa pun, kami datang sini Insyaallah, masing-masing ingin menimba ilmu dari para Ustaz sambil memperbaiki diri dan menguatkan lagi ikatan ukhwah antara keluarga UF. Jadi, keselesaan tempat ini sebenarnya adalah satu BOnUs buat kami. Orang kata, sambil menyelam minum air :)

Bermula dengan hari pertama kami sampai di tempat ini, Ustaz Shahrizan Daud atTurabi memberikan pengisian pada kami selepas waktu maghrib. Antara yang turut dikongsikan pada kami adalah mengenai kata-kata Imam alLais bagaimana caranya untuk membersihkan Hati.

*Ustaz Shahrizan Daud at-Turabi sedang memberikan pengisian
Yang Pertama :

Pemakanan
-Kami ditekankan supaya menjaga apa yang dimakan. Lihat kepada apa, bagaimana dan di mana kita makan. Jangan tanya kenapa kadang kita rasa malas untuk beribadah dan bekerja, jangan tanya kenapa kita mudah marah, mudah terasa dengan orang lain dan lain-lain lagi. Hal ini semuanya bermula dari situ. Hati yang malas datangnya dari pemakanan. 

-Tidakkah kita pernah mendengar hadith yang berbunyi " Tiada perut yang dibenci Allah Swt melainkan perut yang penuh berisi dengan makanan yang halal?'. Nah, di situ. Quote sikit kata-kata makanan yang halal.. Itu halal, apatah lagi yang haram kan? Bukankah Nabi juga mengajar kita supaya berhenti sebelum kenyang dan makan dengan tangan kanan? Namun bila kita lihat sentimen budaya dan etika pemakanan korporat, lihat bagaimana 'mereka' mengajar kita supaya memotong daging dengan tangan kanan dan makan dengan menggunakan tangan kiri.. GhawzulFikr secara halus. ;)

*Khusyuk mendengar.. KOT?
Yang Kedua :

Majlis Ilmu
-Perbanyakkan menghadiri Majlis Ilmu. Datang ke masjid-masjid. Iktikaf dan terus menimba Ilmu dari alim ulama. Kerana hati manusia itu hanya akan hidup dengan pengisian-pengisian ilmiah. Sebagaimana tubuh badan kita yang memerlukan makanan untuk terus hidup, begitu juga dengan hati kita yang memerlukan santapan rohani dari majlis-majlis Ilmu. Sesungguhnya Ilmu adalah cahaya yang akan menerangi dan menghidupkan hati-hati kita.

Yang Ketiga :

Qiamullail
-Perbanyakkan Qiamullail. Insyaallah. Ia adalah salah satu ubat hati yang sangat-sangat memberi kesan. Tatkala ramai manusia yang sedang lena, kita bermuhasabah dan bermunajat pada Allah Swt. Lihat saja bagaimana cara Nabi Allah mentarbiah para sahabatnya agar membangunkan malam-malam mereka, kerana di situlah asal segala kekuatan. Even di dalam al-Quran sendiri juga ada menyebut supaya kita menghidupkan malam-malam kita.

* Peserta Perempuan
Yang Keempat :

Tilawah Quran
-1 hari 1 Juzuk, apakah ia sangat mustahil bagi kita? Tidak. Kat sini Ustaz Shah memberikan kaedah yang amat mudah untuk kami khatam al-Quran. Bagaimana? Jika kita lihat, dalam 1 Juzuk al-Quran, tak lari dari 20 muka surat. 20 muka surat bersamaan dengan 10 helai. Kita  solat 5 kali sehari semalam. Jika kita baca 2 helai muka surat selepas setiap kali habis sembahyang, Insyaallah, kita mampu untuk habiskan 1 Juzuk al-Quran sehari. 

-Persoalan dan nasihat pada diri sendiri, mengapa kita boleh layan facebook dari pagi, petang, siang, malam? Mengadap laptop atau handphone atau TV sampai berjam-jam? Baca novel beratus-ratus muka surat? Tetapi pada al-Quran yakni kalam Allah itu sendiri kita tak mampu? Tepuk dada, tanya Iman. Bak kata Ustaz Zulramli, Tanya Iman, jangan tanya nafsu, kerana nafsu itu pasti akan menidakkan perkara-perkara yang baik.

*Peserta Lelaki
Yang Kelima :

Perbanyakkan Zikrullah
-Zikrullah yakni mengingati Allah. Maksud berzikir pada Allah di sini bukan saja lidah yang hanya menyebutnya, tetapi juga pada hati yang seharusnya apabila disebut pada lidah, ia akan memberikan kesan pada hati seseorang. Sebutan pada lidah itu saja tidak menjamin kepada hatinya yang boleh jadi ia sedang berfikir/berimaginasi pada hal-hal lain.

- Penglihatan itu terbahagi kepada 2. Yakni Ra'a (sekadar lihat dengan mata), dan Nazar (iaitu melihat dengan mata hati). Dan yang terbaik di antara keduanya adalah berzikir melalui penglihatan mata yang mana ia akan pergi pada lidah dan juga pada hati. Jadi, bagaimana caranya? Mari kita lihat.
*Sebahagian dari aktiviti kami di sini

- Di dalam al-Quran, Allah ada menyebut, Tidak aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Justeru itu mengapa kita diajak untuk melihat dan berfikir dengan mata hati kita. Sebagai contoh, Mengapa ikan-ikan yang berenang di lautan itu tidak masin sedangkan air laut itu sifatnya masin? Mengapa air laut itu masin, sedangkan pula air sungai yang masuk ke dalamnya itu tawar? 

-Nah. Begitulah antara persoalan yang harus kita fikirkan untuk melihat kebesaran Allah swt. Dari situ, akan timbul rasa kagum pada Allah swt yang telah menciptakannya. Justeru, bertasbihlah dengan memuji Allah swt, berzikirlah dengan nikmat mata yang diberikan untuk melihat kebesaranNya.

Jadi mungkin sampai di sini sajalah yang sempat aku kongsikan untuk posting kali ini. Insyaallah, untuk pengisian Ustaz Zulramli dan Ustaz Shah yang seterusnya akan dikongsikan dalam posting yang lain. Insyaallah.


*Sebelum melakukan solat sunat Dhuha

Sirpunk - 5:56pm. 5/7/2013

Friday, February 15, 2013

How To Pitching Your Script

Assalam..
Bertemu kembali..Cak!

So, untuk posting kali ini aku akan menceritakan mengenai perihal aktiviti biasa penulis skrip ni. We call it as pitching. What is pitching? Owh aku tak pandai bahasa Inggeris. Boleh google translate, tapi disebabkan malas, kata hatiku mengatakan tidak. Pitching ni dia lebih kurang meeting je sebenarnya. Discussion on how you sell your idea to TV. As a script writer, you kena ada cara macam mana nak bercakap dengan baik, supaya orang dapat tangkap apa yang you nak sampaikan, sekaligus dia tertarik to buy that story. So, be prepare k!

Alhamdulillah. Setelah setahun setengah aku terjun dalam bidang penulisan skrip ni, satu bidang yang sangat mak ayah aku gabra how can I be survive by writing je, aku dah lulus dalam 5 skrip untuk awal tahun ni. Setakat ni lima-lima dah pitching, yang terakhir semalam, dan yang paling awal dah tengah editing je tinggal. Namun apakan daya, semuanya telemovie which is three of it SuperTele. Oklah. Alhamdulillah gak. Lima tajuk tersebut "Aku Benci Mama, Sirna, Hembusan Terakhir, Dia al-Amin dan Seruan Kuda Kepang."

Suasana Pitching di RTM :

Pitching kat RTM ni ok. Aku pitch for Sirna, Hembusan Terakhir dan Seruan Kuda Kepang. Tiga-tiga supertele. Semuanya di bawah Suhan Movies. Seruan Kuda Kepang di bawah pengarahan Ismail Yaakub, Sirna dan Hembusan Terakhir di bawah pengarahan Heykal Hanifah. Skrip by aku lah kan..?

Pitch kat RTM ni dia macam formal sikit which is good la.. Panelis dia 5 orang dan apa yang pasti diorang semua jauh lagi tua dari aku.. (=.='). Jadi, gayanya for sure akan ditanya banyak-banyak soalan, kadang ia jadi sedetail-detail alam sampai aku pun jadi blank dengan cerita sendiri. Hahaha. Mujur ada pengarah dan orang-orang penerbit yang tolong back up bila aku stuck..So, alhamdulillah. Everything smooth. Sekarang tengan work on script.


Suasana Pitching kat TV9 :

Pitching kat TV9 paling aku suka. Dia santai. Lepak. Boleh gelak kuat-kuat. Panelis dia pun muda-muda lagi. Mungkin sebab tu kenapa suasana pitching dia paling aku suka. Tak banyak kerenah. Malah idea yang dikembangkan dari discussion pun makin mantap. Nak-nak bila ada Rosyam Nor yang lagi UmmpH kan agar TV9 yakin dengan produk from Suhan Movies. So, kat sini aku pitch untuk telemovie Dia al-Amin, another heavy story yang aku buat dengan TV9 after Neraka Abah. Alhamdulillah. Pengarah yang akan direct cerita ni sekali lagi Heykal Hanifah, director Neraka Abah juga.


Suasana Pitching kat TV3 :

Sejujurnya aku takut picthing kat TV3 ni. Sebab apa? Sebab dia tv3 lah. Ramai yang dah kata tv3 ni memang banyak kerenah sikit berbanding stesyen lain. Nak itu, nak ini, taknak tu, taknak ni. Apapun, apa yang anda dengar pasal tv3 itu memang ternyata benar-benar belaka. Jadi, kalau anda dapat job dengan tv3, diharapkan anda banyak-banyak bersabar. Mereka sedang buat kerja untuk jaga rating mereka, jadi husnuzon k. Istighfar banyak-banyak. Senang cerita kalau anda tak suka, silalah hantar cerita anda kat stesyen lain je k. 

Untuk tv3 ni aku buat job untuk telemovie "Aku Benci Mama" which is tajuk dia masih tak confirm lagi cos TV3 taknak tajuk kasaq-kasaq macam ni. Untuk tajuk, Insyaallah akan diupdate kemudian. Actually Aku Benci Mama ni it shouldnt be mine. Aku dapat job ni dari Eenaz Mokhtar (Writer for Fatihah untuk Abah dan Sehangat Asmara) yang tak sempat untuk tulis idea dia yang bertajuk 'Bintang Kejora' sebab dia busy writing 'Kisah Cinta'-TV3, coming soon. So, bila aku dapat job ni, aku diberi sinopsis yang mula-mula aku blur sikit bila baca. Mana taknya? The idea is for drama series, but disebabkan TV3 minta ia dijadikan telemovie je, aku pun terpaksalah compile the whole story to one and half hours story je. 

Then bila dah faham, aku pun tulis skrip. Bagi kat pengarah and penerbit baca tiba-tiba diorang suka pulak. Sebab aku jadikan story tu heavy yang betul-betul heavy. Bawak TV3, habis semua minta ditukar from beginning until end of the story. Sampai kat set pun kena tukar a few scene lagi. Walhal sedang shoot tu. Haha. Gelak aku sendiri. Sampai Eenaz Mokhtar pun kata, 'takpe, cerita ni dah bukan cerita akak. Awak tulis jelah apa yang diorang nak tu'. Aku pun jadi, hurm..=.=. Takpelah. Pengalaman. Mereka pembeli. Kita penjual. Customer always right kan? So, itulah apa yang terjadi dengan pitching aku di TV3.


Apapun, berdasarkan pengalamanku yang sikit ni, kat sini aku nak bagi a few tips kalau anda nak pergi Pitching kat TV:

1) Make it simple
Tolonglah. Bila anda nak terangkan about your story, please dont tell whole story sampai benda-benda yang tak perlu diterangkan pun nak bagitahu. Kalau boleh tak payah rujuk pun kat sinopsis anda. Terang apa yang anda ingat dan penting saja. Sebab kalau anda terangkan panjang lebar, ia akan buat panelis rasa bosan dan 'hilang' dari penumpuan. Except kalau cerita anda tu best sangat. So far aku rasa, ada writer yang terangkan panjang lebar tu lah yang lagi banyak persoalan-persoalan panelis bagi sebab diorang dah hilang dari cerita anda.

2) Confident and Louder
Cakap biar terang dan kuat. Bagi semua dengar. Yang tertidur pun akan terjaga. Yang tak fokus akan fokus. Yang main handset akan letak handset kat meja. Ini apa yang aku belajar dari Rosyam Nor bila aku tengok gaya dia nak jual cerita. Cakap biar jelas, semangat, yakin yang cerita kita ni memang best walaupun ia tak best sekalipun. Kalau boleh pandaikan lagi berseloroh about our story. Nah, baru orang nak dengar apa yang kita cakap. Sebab tak mengantuk dan fun-fun je nak dengar.

3) Buat homework
Study dulu cerita kita. Ini penting. Nak-nak dekat RTM. Sebab diorang biasanya akan tanya sedetail-detail alam. Course diorang nak uji level confident kita mungkin, nak tengok betapa kita faham dengan cerita yang kita nak tulis. So, be prepare!

4) Toleransi
Biasanya kat pitching pun kadang-kadang boleh jadi masalah sentap menyentap. Jadi, toleransi kena ada. Jangan nak ikut kepala dia je. Nak-nak orang-orang yang ada dalam industri seni ni yang memang terkenal dengan keegoan masing-masing. Kadang kita sebagai penulis skrip, kita nak cerita yang kita tulis sama dengan bayangan kita. Tapi kita tak tahu masalah kat set macam mana. Pengarah mungkin tak dapat apa yang kita 'nak' kan atas sebab-sebab budget, suasana lokasi dan sebab-sebab lain. 

Apapun, Level pemahaman bila seseorang itu membaca berbeza-beza. Setiap orang tak sama. So, kita faham cerita kita macam ni, tapi pengarah faham macam tu. Sebab tu kena lunturkan ego masing-masing. Pengarah pun sama jugak. Kenalah beretika sikit bila mengarah, kalau ada sebarang perubahan pada skrip, jangan buat suka-suka. Kena bagitahu writer. Sebab apa-apa hal kalau busuk, nama masing-masing jadi taruhan. Begitu jugak toleransi kita dengan TV. Sebab TV pun ada rating yang perlu dikejar mereka dan ada elemen-elemen yang mahu ditonjolkan untuk para penonton. Jangan ikut sedap kita je.

At last, semuanya berbalik pada who is the customer? Customer always right. Bagi aku, jangan terlalu nak perjuangkan hak sampai akhirnya semua tak dapat job. Nah, time tu baru tahu erti penyesalan. Lesap habis gaji writer, krew, pelakon, director ngan produser terus. Baru tahu. Kalau anda nak pertahankan hak kerana hukum Allah takpe. Takut, ni nak pertahankan scene-scene yang mengundang dosa lagi. Tepuk dada, tanya Iman.

5) Datang awal
Datang awal supaya anda tak sangkut dalam jem, hujan dan sebagainya. Sebab meeting pitching bukan sekadar meeting. Its about selling the idea kat TV. Selain dari anda boleh buat homework juga, ia akan membuat anda lebih prepare dan confident untuk bercakap.

Sekian,
Sirpunk, 8.02am, 15/2/2013




Wedding Hani

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik..Rupa-rupanya dah hampir 7 hari aku tak posting apa-apa kat blog ni..Bukan MALAS..Tapi memang tak sempat nak tulis. Terpaksa stop kejap untuk memberikan laluan pada otak, masa, laptop, jari jemari dan keyboard ini menulis skrip 'Dia al-Amin'. Apapun, dalam pada tak sempat tu, aku boleh pulak tengok Pangako Sa Yo, Sanay Wala Nang Wakas, The Great Seer, American Idol, MeletOP dan Celebrity Fear Factor Malaysia kat astro..So, Tahniah diucapkan pada diri sendiri.  (=.=').v

Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 5.55 am tanggal 15/2/2013. Saja nak mention sebab nombor waktu tu macam cantek sikit. Sekaligus menunjukkan yang sebenarnya aku sedang menentang norma-norma kehidupan manusia normal yang seharusnya bekerja waktu siang dan tidur waktu malam. Mengejar dateline dan masa untuk diri sendiri. Bengong seketika rasanya.

Apapun, sepanjang aku tidak menulis di blog ini, ada beberapa hal yang nak dicelotehkan dalam beberapa topik nanti. Dan berdasarkan tajuk saja rasanya pembaca dan 3 followers blog ku ini tahu yang aku nak tulis pasal perkahwinan member sekolah ku. Wedding aku? Lama lagi kot.

So, hari Ahad lalu bersamaan dengan Hari Raya Cina seorang lagi member kelasku berkahwin. Hani bt Zubir. Tahniah diucapkan. Moga-moga terus berkekalan setia hujung nyawa dunia akhirat dan dikurniakan anak yang comel-comel. Barakallah.

Untuk pengetahuan blog yang takde pembaca ni, Inilah rasanya kali pertama aku pergi wedding budak sekolah aku. Komen aku : Best, memang Best! Sebab dapat jumpa ramai budak-budak sekolah yang dah berapa tahun tak jumpa. Boleh kata, sampai ada yang dah tak kenal antara satu sama lain. Bukan apa, banyak yang dah berubah. Haruslah yang kecik jadi besar, yang besar jadi kecik, yang kasaq jadi lembut, yang sopan jadi vogue, yang muka cam ala-ala je kini dah jadi siap semuanya :).

Rasanya budak kelas aku, Perd Rawk di Teknik Sepang dulu sekarang dah 4 orang kahwin. Semuanya perempuan. Nadzirah, Syazwani, Maisarah dan Hani. Tahniahlah ye. Untung jadi perempuan. Sebab tak payah fikir soal hantaran kahwin..(Ceh, mesti ada yang kutuk gua tu). Ada juga aku tanya a few members aku, kenapa perempuan ni jenis suka kahwin cepat. Diorang cakap kalau dah jodoh, tunggu apa? Pergh! Jawapan yang sungguh klise dan aku tak dapat terima rasanya. Sebab di hati lelaki ku, aku tetap cakap itu bukan alasan yang kukuh. Entahlah. Dalam fikiran jahat aku selalu berkata..'Mungkin inilah sebabnya kenapa ada artis-artis yang menjanda walaupun muda lagi usia diorang. Sebab tak fikir betul-betul!

BerBeza dengan lelaki. Aku tengok lelaki takde pun yang nak kahwin cepat-cepat. Kalau ada pun ia golongan minoriti kot. Kalau tanya aku, aku plan nak stabil dulu ekonomi, ada rumah, keta, enjoy dulu hidup bujang ni, pastu baru kahwin. Enjoy? Yaa..Enjoylah dulu. Makna kata bukannya enjoy gi kelab ke apa. Just got few activities yang rasanya sukar kita nak buat after married. Sebagai contoh backpacking. Cuba bayangkan bila anda dah kahwin. Pastu ada anak kecik, masa tu boleh ke nak pergi backpacking? Boleh. Kalau rasanya korang nak spoilkan mood korang time backpacking tu. Boleh, kalau korang rancang kehidupan berkeluarga tu elok-elok. Tapi disebabkan aku bukan perancang yang elok, rasanya aku tak dapat kot untuk buat tu. Well, when the light turn green, takkan nak tengok je kan?

Tapi apapun, bercinta bagai nak rak dan fikir betul-betul pun bukanlah satu jaminan perkahwinan tu akan kekal. Ye tak? Lagipun baguslah kahwin awal ni. Sebab dapat elak dari buat benda-benda yang tak elok kan? So, keputusan kat tangan masing-masing..



Sekian for this posting,
Sirpunk. 6.28am, 15/2/2013

Friday, February 8, 2013

USRAH FITRAH : DI SINI SEGALANYA BERMULA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Masih dikurniakan kekuatan untuk mengupdate blog yang takde viewers ini. Jam sekarang menunjukkan pukul 3.09 pagi bersamaan 8/2/2013. Walaupun besok, Jumaat, adalah hari yang aku tetapkan untuk menyiapkan skrip 'Dia al-Amin', tapi memandangkan aku malas, so, aku decide untuk submit skrip tu minggu hadapan. Lantaklah nak jadi apa pun. Menulis skrip bukannya boleh main tulis je. Ia adalah satu pekerjaan yang perlu berfikir dan terbit dari hati. Ceh. Alasan paling tepat yang boleh digunapakai ketika ini. Apapun, moga-moga aku dapat siapkan sebelum meeting dengan tv9 Khamis depan. Amin. Entry kali ini, Insyaallah, aku akan menceritakan bagaimana bermulanya aku berjumpa dengan Usrah Fitrah. 

*Al-Quran yang dibeli dari Saiful Ayyas
Satu Kisah Lama
Sejujurnya. Aku telah mengenali tarbiah sejak aku Form 5. Sejak itu, aku terus mengikuti jemaah 'not to mention which one' (Insyaallah, akan diceritakan dalam entry yang lain), sampailah aku masuk ke universiti. Namun disebabkan ada beberapa perkara yang terjadi, aku akhirnya telah diserap masuk ke dalam ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) waktu semester akhir aku di universiti. Kat situ sebenarnya banyak perkara yang terjadi. Terlalu banyak 'tekanan' hingga aku rasa baru tersedar dari satu alam mimpi yang cukup panjang. Walhal, budak-budak baya aku yang lain tak terfikirkan pun pasal benda-benda ni semua time tu. Kita remaja. Enjoylah. Kenapa nak sibuk-sibuk berbicara soal jemaah? Just rock your body!

Ketika itu aku hilang. Aku diserahkan pada seorang murabbi baru, yang aku tak boleh terima cara 'halaqah' yang baru. Its totally different. Lalu aku meminta nasihat dari beberapa orang ikhwah. 'Apa yang harus ana buat akh? Ana rasa kosong. Ana rindukan pengisian yang lama. Materi yang lama.' Itu antara bentuk soalan dan luahan perasaan aku. Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Merayu-rayu meminta jawapan. Hinggalah akhirnya, aku menemui jawapan-jawapan itu melalui paksaan demi paksaan supaya ada yang sudi membuka mulut. Aku lalu dinasihatkan agar terus 'bekerja'. Jangan berhenti. Itu letaknya di mana keikhlasan sebenar aku di jalan ini. Aku mahu terus tsabat. Kukuh menggigit.

*Usrah Fitrah membuat persembahan bagi mengutip derma tabung Palestin di Muzium Negara
*Ustaz Shahrizan Daud membuat persembahan
Aku cuba. Aku cuba. Dan aku cuba. Aku cuba mengembalikan suasana yang lama. Bentuk dan cara pengisian halaqah yang lama. Namun ternyata ianya tak berhasil. Ia jadi terhenti di situ. Aku masih kosong. Hinggalah akhirnya, aku lama tidak 'dicontact'. Aku rasa ini mungkin peluang aku. Mungkin ini masanya untuk aku berehat seketika. Allah memberi peluang. Meringankan minda. Menghayati suasana dan keadaan sebenar menjadi seorang 'pelajar' di sebuah universiti. Nah. Di situ aku melihat dunia ini luas. Aku nampak betapa luasnya Islam itu sebenar. Aku jadi masuk semula ke dalam perkara yang aku 'matikan' dari hatiku dahulu. Aku mula masuk teater. Aku mula pergi pusat kebudayaan. Mengenali, bergaul dan membuat program-program dengan orang-orang yang mencintai seni. Mereka yang sama minat denganku.

Namun. Kosong tetap kosong. Aku kembali menghubungi. Cuba menghubungi. Namun entah mengapa, ianya tidak diraikan. Langsung syaitan menyelinap dalam hati. Aku jadi tergoda. Aku mahu bebas. Aku ingin mengejar semula impian lamaku dahulu. Menjadi anak seni. Menjadi orang wayang. Lama. Hampir setahun atau lebih aku tidak 'diisi'. Hinggalah mungkin, ianya mati. Dan mati. Dan mati lagi. Aku cuba bangkit. Aku diberi 3 jalan pilihan. Yang pertama, aku boleh berpatah kembali ke 'jalan' lama. Yang kedua, aku boleh terus menjadi orang kebanyakan. Yang ketiga, aku boleh mencari 'jalan' yang lain, yang mungkin aku lebih selesa dan seseuai dengannya. Hinggalah akhirnya, aku memilih untuk pilih yang ketiga itu. 

*Usrah Fitrah di Tv al-Hijrah

Irma Hasmie dan Adam Hamid

Ketika itu aku nampak penghijrahan Irma Hasmie di internet. Aku cuba contact beliau melalui facebook. Tap. Tiada jawapan. Hinggalah kemudian, aku melihat akaun facebook Adam Hamid. Aku hairan. Apakah dia juga telah berhijrah? Aku berbual dengannya. Ya. Dia juga telah berhijrah. Namun dia tak punya usrah untukku. Katanya, dia banyak mengikuti pengajian Ustaz Azhar Idrus sahaja. Lalu dia memberi cadangan agar aku bertanyakan Irma Hasmie. Lalu aku terus menantikan jawapan di facebook. Lama. Masih tidak berbalas. Entahlah. Terlalu sibuk barangkali. Tak mungkin seorang artis akan mampu membalas setiap mesej orang di facebooknya kan? Siapa aku?

Diana Amir
Lalu aku ternampak pula Diana Amir. Juga telah berhijrah. Manis. Aku ingin bertanya padanya, kalau-kalau dia tahu mana-mana usrah yang boleh aku sertai. Kami di bawah Metrowealth International Group (MIG) ketika itu. Dia sebagai artis dan aku sebagai pelajar praktikum di bahagian Panel Skrip. Allah sedang membuka jalan untukku. Mungkin. Namun entah mengapa. Terlalu sukar untuk berbual dengannya. Apatah lagi bertanyakan soalan. Dia jarang ke pejabat. Datang pun hanya seketika. Tak sempat untuk berbual apa-apa. Hanya sempat, mengukir senyuman antara satu sama lain sahaja. Aku lalu ikut rentak lagi. Terus mencari apakah kesudahan yang Allah ingin aturkan buatku.

Sewaktu Pratonton Filem Budak Pailang
Aeril Zafril

Hinggalah kemudian, aku bertemu dengan Aeril Zafril pula. Juga artis MIG ketika itu. Dari situ, aku mendengar Aeril juga kini sedang mengikuti pengajian-pengajian agama. Kesempatan lalu muncul sewaktu aku ingin menunaikan solat zohor. Aeril ada di pejabat ketika itu. Lalu kami pun solat bersama. Aku berbual dengannya. Cuba mengorek rahsia apakah dia dari mana-mana jemaah. Tiada sebarang jawapan. Hanya senyuman yang terukir. Aku tak putus asa. Aku contact beliau di facebook. Berbalas. Lalu aku tahu dia banyak mengikuti pengajian Habib Ali. Aku diam. Mungkin tak kena pada hati. Tak kena dengan jiwa. Lagipula, dia mula sibuk ketika itu. Jadi, pencarianku terhenti di situ.

 Sewaktu kutipan Amal untuk Tabung Palestin

Iqram Dinzly

Masuk bulan Ramadhan, aku benar-benar kosong. Macam nak gila. Aku lalu berdoa dan berdoa. Aku minta pada Allah. Pertemukanlah aku dengan tarbiah, yang sesuai denganku, yang kena pada jiwaku. Akhirnya, mimpi lalu menjadi kenyataan. Allah mengangkat doaku. Subhanallah. Menjelang 10 malam terakhir Ramadhan, aku bertemu Iqram Dinzly di Masjid Syakirin, KLCC. Sedar tak sedar, aku sedang bersembahyang dengannya. Benar-benar di sebelahku. Kami solat Subuh berjemaah bersama. Peluang lalu terbuka luas. Dia benar dari Usrah Fitrah! Akhirnya, dia lah yang membawaku pada Usrah Fitrah. Dari situ, aku mengenali Yatt Hamzah, aku bertemu Irma Hasmie, aku bertemu Diana Amir, Noryn Aziz, Heliza Helmi, Zoey Rahman, Siti Nordiana, Salima dan lain-lain. Alhamdulillah. Betapa cantik aturanMu ya Allah. Engkau mempertemukan aku dengan mereka dalam bulan yang paling mulia. Pada malam yang mungkin lebih bermakna dari seribu malam.

Terima kasih ya Rabb. Satu penantian yang cukup lama dan melelahkan bagiku.

 *Sewaktu Majlis bacaan Yassin dan Tahlil
 *Event yang sama
 *Sewaktu Ustaz Zul Ramli memberi pengisian Sirah Nabawi
 *Sewaktu Helmi Yusuf baru menyertai kami
 *Kami di tv al-hijrah. Selepas sebahagian dari mereka yang pulang dari Gaza.

Doakanlah kami semua terus tsabat di jalan ini..
Berkembang dan terus berkembang.
Insyaallah.
Amin ya Rabbal alamin.
Sirpunk - 4.50am, 8/2/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...