Wednesday, June 29, 2011

Zinakah bercinta?

“Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

            “Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

            Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

            Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

            Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

            Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

 Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

            Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi  mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

            Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

            Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
))عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja. 

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
((وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ...))

Maksudnya: ((Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…))

            Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
أَنَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).

Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku).  Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

            Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

APA HUKUM BERCINTA?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

 Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci.  Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.  Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231). 

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

 Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

 Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu.  Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف
أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).ـ

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

Bersambung...


Oleh:
Ahmad Fathi Muhammad
Ahad, 9 Rabi'ul Awal 1432 bersamaan 12 Februari 2011
Marrakech, Maghribi.
Emel: fathifawwaz@yahoo.com
p/S: Just copypaste..since, I like this articles..How about You?

Sunday, June 26, 2011

Dunia Baruku (script writer World)


Apa cerita sekarang?
Ceritanya adalah kini aku sudah berada di rumah..Bercuti sehingga  bulan 9 nanti..So,I am soooo free rite now.. :)

Tak Kerja?
Kerja? Aku sudah memikirkannya sewaktu cuti belum bermula lagi..
Aku tahu mustahil sekiranya untuk aku duduk goyang kaki sahaja di rumah dan mengisi perut untuk dikembungkan (VV).v
Jadi terdapat beberapa pekerjaan yang sudah aku fikirkan untuk menjana income sewaktu cuti.. Namun ada di antara kawan aku yang membuka semula pemikiranku untuk menyertai SCORE A.. Katanya..

'Comparing daripada kau kerja Cashier atau kerja-kerja yang lain yang incomenya tak sampai seribu malah penat lagi, ada lebih baik kau buat SCORE A..Paling kurang engkau boleh jana income 'riban-riban'.'



Mendengar kata-katanya saja sudah membuatkan semangatku membuak-buak untuk menyertai skor a..Namun lama kelamaan, semangat itu terhenti di situ sahaja setelah aku memikirkan mungkin itu bukan jiwa aku. Bagi aku, mungkin betul, menyertai skor a boleh menjadikan seseorang itu kaya kiranya dia rajin berusaha. Tapi untuk apa kita melakukannya hanya semata-mata kerana duit? Yup, duit boleh menyebabkan ramai orang menjadi bahagia, tapi bekerjaya dengan sesuatu yang kita tidak minat, biasanya tidak akan kekal lama.

Dah tu nak kerja apa sekarang?
Kesenian adalah minatku sejak dari kecil lagi. Apabila ianya menyangkut perkara mengenai kesenian ianya sudah cukup membuatkan aku tersenyum dan gembira.

Alhamdulillah. Kini aku telah menceburi bidang penulisan skrip. Mungkin agak lambat untuk aku bertapak di dalam bidang ini memandangkan competition untuk satu-satu karya itu divisualkan bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan masa yang agak lama. Lagipula sebagai penulis skrip yang baru, aku harus berusaha di atas kedua belah kakiku untuk membina nama ku sendiri sebagai penulis skrip. Tapi Insyaallah, rezeki Allah itu untuk mereka yang berusaha untuk mendapatkannya. Pokoknya adalah usaha, doa dan tawakal.



Terbaru aku ada berkenalan dengan beberapa orang penulis yang sudah mempunyai nama dan bertapak lama di dalam bidang penulisan ini. Alhamdulillah kerana mereka tidak lokek untuk berkongsi idea dan pengalaman masing-masing dalam menjadi seorang karyawan.
So, credit goes to en.Mazelan Manan, en.Zaini Kosnin, Kak Maizura Mohd Ideris dan abang Wan Izman Shah Ismail.
And also tak lupa juga kepada Suhan Movies Entertainment, Yusmanja Entertainment, ZK Creative dan Pemenang Pilih Kasih Musim Kedua , Yuzwan Yunus kerana memberikan nasihat-nasihat dan respons yang baik kepadaku :)

Kenapa memilih kerjaya ini? 
Aku tidak nafikan yang aku mungkin akan mencari rezeki dari bidang ini dan dunia ini (Industri Hiburan Tanah Air) memandangkan aku adalah seorang yang suka manjakan diri sendiri dan tidak suka menyusahkan diri. Walaupun mungkin aku belajar di universiti dalam bidang yang langsung tidak ada kena mengena dengan kerjayaku kini since 'aku belajar adalah kerana aku ingin belajar'.

Bagi aku, untuk apa aku memilih satu-satu kerjaya yang akhirnya akan memenatkan diri aku sendiri tambahan pula sekiranya kita tidak minat, tetapi incomenya hanya cukup-cukup makan? Walhal masih ada lagi banyak cara untuk menjana income yang lebih tinggi dan kerjanya tidak begitu melelahkan.


Mana ada kerja mudah kat dunia ni?
Yup, tak ada kerja yang mudah di dunia ini tapi mungkin kerana minatku yang mendalam dalam dunia seni menyebabkan kelelahan dan kesusahan itu bukanlah sesuatu yang harus difikirkan sangat. Menjadi seorang penulis skrip biasanya akan terdedah kepada masalah kemaraunya idea untuk mencari idea-idea yang lain dari yang lain, ditipu oleh penerbit-penerbit syarikat perfileman dan mungkin juga idea kita akhirnya akan dicuri oleh orang lain. Ditambah pula kiranya kita telah terikat kontrak untuk menyiapkan skrip bagi satu-satu produksi menyebabkan kita lebih bimbang kepada masa sama ada sempat atau tidak sempat kita menghabiskan satu-satu penceritaan mengikut perkiraan masa yang telah dibincangkan. 

Jadi, disitulah gunanya SWAM dan rakan-rakan penulis yang lebih senior daripada kita untuk memberikan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar kepada penulis-penulis baru.


Cerita apa yang ditulis kini?
Cerita yang aku tulis seharusnya adalah cerita-cerita yang mempunyai nilai pengajaran kepada masyarakat. Dan kerana itu sudah menjadi niat aku sejak dulu lagi. Alhamdulillah kerana aku telah menyiapkan  3 sinopsis skrip setakat ini. Jadi, kini hanya menantikan respons daripada syarikat-syarikat berkenaan untuk feedback. Dan kini aku dalam proses untuk menyiapkan kertas cadangan untuk sinopsis skrip drama rantaian yang bertajuk "aku dan kami" :)
Jadi, mohon doanya agar terus diilhamkan idea-idea yang baik dan bernas untuk disentuh didalam penceritaan tersebut nanti.

Namun apapun, ingin aku jelaskan di sini. Tugas seseorang penulis skrip itu adalah hanya sekadar menulis sesebuah penceritaan, jadi, andainya kiranya satu hari nanti, anda (terutama teman-temanku yang bergelar ikhwah) melihat satu-satu karya hasil tulisanku telah melanggar batas syarak seperti berlakunya persentuhan di antara seorang muslim dan muslimah yang ajnabi atau mungkin pendedahan aurat dari para pelakon wanita, aku sama sekali berlepas diri daripanya.

Kerana ingin ditegaskan di sini juga bahawa, setiap skrip yang akan dihasilkanku itu sama sekali tidak akan mempunyai adegan-adegan yang seperti itu, jadi kiranya ianya terjadi satu hari kelak, sama ada skrip asalku telah diubah ataumungkin memang begitulah yang diingini oleh pengarah atau penerbit berkenaan. Sebagai seorang penulis skrip, aku tidak ada kuasa lagi sebaik sahaja buku skrip itu telah diserahkan kepada penerbit mahupun pengarah cerita berkenaan.


Idea penulisan?
Menjadi seorang penulis biasanya masalah akan timbul apabila mereka kurang idea. Jadi kerana itu kita melihat mengapa banyaknya cerita-cerita melayu yang klise. Namun apapun, semuanya bergantung kepada kreativiti dan bentuk pemikiran masing-masing bagaimana satu-satu cerita itu ingin diolah dan ditulis. 

Melihat kepada bentuk-bentuk penceritaan dari cerita-cerita Hollywood itu sangatlah berbeza dengan cerita-cerita Bollywood. Begitu juga diantara cerita-cerita dari Korea, Filipina, Jepun, Indonesia dan Thailand. Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri. Terdapat beberapa temanku yang sering merungut tentang masalah-masalah cerita melayu. 

'Kenapalah cerita melayu asyik macam ni. Bosan betul tengok balik-balik pusing macam tu je. Kau kalau tulis skrip nanti kau buatlah cerita-cerita macam Jepun ke Korea ke.'

Dan aku sekadar tersenyum mendengar kata-katanya walhal dalam hatiku as long kalau ianya memberikan impak yang baik kepada masyarakat insyaallah akan ku tulis. Melihat kepada masalah cerita itu klise atau tidak bukan hanya terjadi pada industri hiburan tanah air sahaja. Jika dilihat dari negara seberang sudah cukup untuk membuktikannya bukan kita sahaja yang mempunyai masalah kurangnya idea penceritaan.


Merujuk kepada sinetron-sinetron indonesia, ceritanya tidak habis-habis mengenai percintaan yang dihalang oleh orang tua yang kaya, penindasan kepada anak-anak yatim piatu, penderitaan yang diberikan ibu tiri, kekasih yang hilang ingatan, di santet orang jahat, percintaan yang sangat mengarut, superhero dan lawak yang biasanya terasa macam nak sepak je muka pelakon tu dan macam-macam lagi.

Jika dilihat pula pada cerita-cerita dari korea dan Jepun, cerita-ceritanya tidak habis-habis mengenai seorang gadis yang ala-ala tiga suku yang akhirnya jatuh cinta dengan orang kaya, Lelaki kaya yang berlagak, adegan kisah cinta romantik yang adanya scene-scene bunga api yang melambangkan rasa cintanya si lelaki kepada wanita berkenaan, kes-kes si gadis yang dibuli oleh kekasihnya yang kaya raya, anak murid yang jahat dan macam-macam lagi.


Berbeza pula dengan cerita-cerita di Bollywood dan Hollywood, yang mungkin dari segi ideanya sudah lebih ke depan berbanding dari yang lain. Mungkin disebabkan keadaan competition di dalam industrinya sangat-sangat dahsyat sehingga menyebabkan cerita-cerita yang benar-benar lain dari yang lain sahaja akan divisualkan. Mungkin ada diantara cerita-cerita mereka yang agak klise juga divisualkan, tetapi menjadi kebiasaannya cerita-cerita klise itu tidak akan sampai ke taraf rating yang boleh dibanggakan.

Pokok pangkalnya adalah, kiranya anda mengatakan satu-satu cerita-cerita melayu itu agak klise, jadi silakan untuk anda menulis karya anda sendiri. Siapa tahu, anda ada idea yang lebih bernas untuk diterjemahkan? Lihat sahaja kepada rating cerita Nur Kasih dan Juvana (Maaf kerana memilih 2 tajuk sahaja). Kedua-dua cerita ini sangat-sangat berbeza (tidak klise) dari sudut penceritaannya jika dibandingkan dengan drama-drama yang lain. Mungkin kerana itu mengapa ratingnya boleh dibanggakan dan impaknya dirasai.


Jadi, perlukah kita mencuri idea dari negara-negara yang lain supaya nampak kelainannya?
Itu bergantung kepada penulis skrip berkenaan dan penerbitnya. Kiranya mereka merasakan itu yang terbaik, jadi silakan. Jika dikaji pula keadaan industri perfileman dan cerita-cerita dari negara seberang memang telah banyak idea2 negara orang lain diciplak mereka. Terkadang sehingga rasa nak muntah apabila diciplak sehingga keseluruhan penceritaannya sehingga ke poster-poster filem juga mahu ditirunya.

Tapi bagi aku, orang-orang melayu, mereka ada citarasa mereka yang tersendiri. Agak janggal kiranya orang-orang melayu 'create' satu cerita yang seperti Ultraman dan Power Rangers untuk dipaparkan kepada masyarakat umum (kalau untuk tontonan kanak-kanak secara khususnya mungkin masih boleh diterima lagi) yang secara tak langsungnya menyebabkan seperti rasa nak penyepak je muka pelakon yang telah dikira 'matang' itu melakonkan watak-watak seperti orang-orang yang nan hado.

Namun, my salute goes to KRU Studios kerana Cicakman adalah satu-satunya cerita superhero malaya yang bagiku dikira berkualiti dan sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakar.

Apapun setiap pengarah filem juga ada citarasanya tersendiri. Lihat sahaja filem-filem yang diarahkan Mamat Khalid. Ianya berbeza sama sekali dengan bentuk-bentuk penceritaan seperti Shamsul yusuf yang lebih menyukai cerita-cerita aksi dan Yasmin Ahmad yang lebih memperjuangkan tema kekeluargaan dan kasih sayang.


Masalah bentuk penulisan skrip kini?
Penceritaan-penceritaan yang memaparkan tentang kebodohan para-para ustaz kerap kali disogokkan dalam beberapa tahun ini. Entah kenapa dan mengapa aku melihat ianya semakin menular. Apapun bukan aku sahaja yang merungut mengenainya, ramai lagi yang telah merungut mengenai cerita-cerita yang seperti ini yang seolah-olah ingin mempersendakan islam dan para-para ustaz sekalian. Begitu juga seperti apa yang dirungut oleh penulis skrip Mazelan Manan. Ianya tidak lebih daripada sekadar satu cerita yang membodohkan masyarakat dan menyebabkan masyarakat memandang sinis kepada golongan-golongan yang berkopiah putih ini.

Bagi aku, untuk apa kita menulis sebenarnya? Adakah kita menulis hanya semata-mata untuk menjana income semata-mata atau sememangnya ada sesuatu yang ingin kita perjuangkan di dalam penulisan kita? Jadi aku sangat-sangat mengharapkan supaya pihak-pihak yang berkenaan tidak lagi mengetengahkan isu yang sepatutnya tidak perlu diketengahkan semata-mata untuk menjana income sahaja.


Harapan Dan Matlamatku
Harapan dan matlamatku, sudah tentulah untuk mempunyai sebuah syarikat produksi aku sendiri satu hari nanti. Memiliki sebuah syarikat yang hanya akan mem'produce'kan cerita-cerita yang mempunyai nilai-nilai pengajaran dan membuka minda masyarakat supaya setiap apa yang divisualkan itu mengikut guideline aku sendiri. Yang menitikberatkan soal kebajikan dan ibadah orang-orang yang bekerja di dalamnya. 
Semoga segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Insyaallah. Amin. :)

Monday, June 13, 2011

Untuk awekku..



Soalan untuk perempuan:
Kenapa kau....-->
1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..****

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam **** kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah chest kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa *****.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam **** bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..wahai kawanku..asal time berak kau tak tulis sekali "kitew tengah berak..syuke syuke"  (^^')

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi ***** hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak habislah. Skali awek pakai tudung litup melintas kalian pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont ahave style..yucks' emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam *****.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak nampak puting..lengan himpit chest bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan orang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot
p/s: Satu artikel dari seorang sahabat handaiku.. :)

Tuesday, June 7, 2011

Drama dan Filem-filem Islami?



Assalamualaikum semua..
Topik yang akan dibincangkan dalam artikel kali ini adalah bertajuk Drama dan Filem-filem Islami..So,let's discuss about it.

Kenapa tajuk ini dipilih?
Ok. Tajuk ini dipilih disebabkan  baru-baru ini kecoh dalam laman Facebook Nur Kasih The Movie (sekitar 2 minggu lepas) dimana ada sesetengah peminat karya islami itu yang mempertikaikan dimanakah karya islami yang diperkatakan terhadap filem itu? Hal ini terjadi apabila admin kepada Facebook  berkenaan yang telah meng'upload' gambar scene di mana Adam (lakonan Remy Ishak) yang sedang mengalami kesakitan dan dalam pada itu Nur Amina (lakonan Tizz Zaqyah) cuba menenangkan Adam. Dan ekoran daripada situasi itu, maka berlakulah persentuhan diantara keduanya. Perdebatan di dalam laman Facebook itu terjadi di antara admin Facebook tersebut dengan segelintir peminat yang tidak menyukai adegan tersebut diselitkan didalam filem yang dikatakan islami tersebut.



Jadi apa kena mengena dengan aku?
al-Kisahnya terjadi apabila tatkala sedang aku melayari laman web cari.com, alih-alih aku mengetahui mengenai kajadian berkenaan dari laman tersebut. Dan seperti biasa, ada yang bersetuju dengan kata-kata mereka yang menyatakan kebenaran, dan ada yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersebut dan mengatakan ianya adalah sesuatu yang wajar kerana adegan itu adalah lakonan diantara suami isteri secara logiknya. Jadi, disebabkan itu, aku juga turut terlibat sama di dalam perbalahan tersebut.

Yang pergi Join sekali kenapa?
Sebetulnya, bukanlah menjadi minatku untuk turut serta didalam perbalahan dan diskusi-diskusi mengenai perkara-perkara sebegini. Ini kerana, yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Jadi secara umumnya semua orang telah tahu perkara tersebut sama ada jatuh hukum halal atau haram. Tetapi yang menarik minatnya aku untuk turut serta didalam diskusi tersebut (If we can call it as discussion) apabila ada di antara mereka yang cuba menghalalkan sesuatu yang jelas haram hukumnya itu dengan menggunakan kaedah-kaedah islam yang tidak kena tempat dan masanya.



Apakah kaedah yang digunakan itu?
Kaedah yang digunakan itu adalah 'kaedah darurat' dimana terdapat sesetengah perkara yang haram itu boleh menjadi halal (mengikut prasyaratnya) sekiranya datang satu-satu perkara yang memudaratkan diri manusia tersebut sekiranya dia tidak melakukan perkara yang diharamkan itu. Sebagai contoh apabila seseorang itu hampir mati akibat kelaparan dan kebetulannya didalam situasi-situasi yang mendesak sebegitu, makanan yang haram seperti babi/anjing sahaja yang tinggal untuk dimakan. Dan sekiranya tidak dimakan babi/anjing itu, maka sesuatu yang lebih memudaratkan itu akan terjadi seperti mati, maka itulah yang dikatakan sebagai darurat.
Begitu juga situasinya sekiranya terjadi satu-satu kemalangan/ kejadian yang mendesak, seperti bersalin dan sebagainya, yang sekiranya tidak berlaku sentuhan diantara lelaki dan perempuan, maka ianya akan membahayakan diri si mangsa atau mana-mana ahli yang lain. Maka itu yang dikatakan sebagai darurat.


Apa kena mengena dengan scene tersebut pulak?
Lakonan adalah tidak termasuk didalam perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai darurat. Ini kerana, sekiranya tidak berlaku persentuhan di antara keduanya, ianya pasti tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada keduanya. Jadi, perkara ini yang menyebabkan aku bersuara di dalam post berkenaan kerana apa yang dikhuatirkan oleh aku adalah, takut sekiranya ada segelintir peminat-peminat filem berkenaan yang terkeliru dengan penjelasan yang diberikan oleh mereka yang cuba menutupi sesuatu yang jelas haram itu dengan menggunakan kaedah islam yang secara automatiknya akan mengelirukan mereka yang membacanya. Dan kejadian yang seperti itu boleh disimpulkan dengan istilah 'sesat lagi menyesatkan', yang akan terus menyebarkan fahaman-fahaman yang salah ini menjadi satu rantaian seperti MLM yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan satu bala yang lebih memudaratkan kepada umat sekiranya tidak diperjelaskan.



Di manakah permasalahan yang sebenarnya?
Permasalahan yang sebenarnya terjadi apabila kita cepat melabel apabila kita melihat satu-satu perkara tanpa tabayun/kaji selidik terlebih dahulu. Kita cepat membuat tafsiran demi tafsiran tanpa bertanya terlebih dahulu mengapa begitu dan mengapa begini. Begitu jugalah seperti apa yang terjadi pada drama rantaian dan filem Nur Kasih ini. Terlalu ramai yang melabel bahawa cerita ini adalah satu cerita islami dan akhirnya hampa apabila terjadi perkara-perkara sebegini. Lalu dengan ketidakpuashatian terhadap beberapa babak yang tidak dipersetujui itu, segelintir penonton yang menonton cerita ini mula mengutuk dan memerli bahawa ini bukanlah satu karya islami. Walhal sekiranya direnung kembali, tidak pernah terkeluar di mana-mana  dada akhbar, dari mulut pengarah cerita ini sendiri, yang menyatakan bahawa cerita ini adalah satu cerita islami. Mungkin terdapat segelintir dari kita yang sentiasa beranggapan, sekiranya heroin di dalam mana-mana penceritaan itu memakai tudung dan memakai pakaian muslimah, maka cerita tersebut adalah merupakan satu cerita yang islami (kerana terlalu jarang heroin mana-mana drama/filem yang mengenakan pakaian muslimah maka ia dilabelkan seperti itu).


Adakah cerita yang benar-benar islami di Malaysia setakat ini?
Setakat ini, mengikut penilitian aku, masih tidak ada mana-mana karya drama/filem yang benar-benar 'bersih' seperti apa yang diharapkan oleh sesetengah pihak yang memandang serius terhadap permasalahan ini. Mungkin ada, seperti filem 'Syukur 21' yang pernah dilakonkan oleh kumpulan Raihan dan Yasin satu ketika dahulu, namun kebanyakannya tenggelam dek zaman atau mungkin tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Hatta sekirnya dilihat kepada industri perfileman dan karya-karya dari negara seberang, setakat ini mungkin hanya satu atau dua karya sahaja yang benar-benar bersih penggambaran visualnya seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta. Namun karya-karya lain, walaupun dilihat islami, ianya masih boleh dikatakan tidaklah sebersih mana yang diharapkan kerana masih lagi terdapat scene-scene yang menunjukkan watak-watak antagonis wanita yang membuka tudung.
Begitu juga permasalahan yang terjadi di Malaysia, apabila setiap kali dikatakan bahawa satu-satu karya itu islami, pasti akan diselitkan dengan adegan-adegan kerosakan akhlak di bahagian permulaan cerita yang secara tidak langsungnya perlu menunjukkan adegan-adegan di kelab malam dan bar-bar arak namun di pengakhiran ceritanya ianya mula berubah sedikit demi sedikit bagi menunjukkan nilai moralnya kepada masyarakat.



Siapakah yang perlu dipersalahkan?
Rasanya tidak perlu dituding jari siapakah yang harus dipersalahkan sama ada pelakon, krew, penulis skrip, pengarah mahupun penerbit satu-satu karya itu. Seperti yang diperkatakan sebentar tadi, yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Pelakon hanya melakonkan lakonan seperti apa yang diminta oleh pengarah dan masyarakat. Krew produksi pula tidak ada kuasa untuk memperbetulkan apa yang akan divisualkan. Penulis skrip pula hanya menulis sebuah karya dan kemudiaanya ianya menjadi tanggungjawab pengarah bagaimana untuk menvisualkannya. Pengarah pula terikat dengan penerbit, keinginan masyarakat, dan skrip yang telah ditulis oleh penulis. Dan penerbit pula, terikat dengan keuntungan dan modal yang dilaburkannya untuk satu-satu karya.



Perlukah diboikot karya-karya yang sebegini?
Untuk persoalan yang seperti ini, aku cuma boleh menyatakan bahawa, terpulang kepada selera masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Sekiranya anda tidak menyukainya, maka tidak ada siapa yang memaksa anda untuk menonton satu-satu karya yang diterjemahkan itu. Bagi aku, untuk menyatakan satu-satu karya itu tidak bagus sama sekali kerana adanya permasalahan-permasalahan seperti ini juga tidak boleh, memandangkan masih terdapat nilai-nilai kebaikan dan unsur-unsur pengajaran serta teladan di dalam karya-karya sebegini. Sebagai contoh, aku sendiri ada 'terpukul' dengan sesetengah dialog yang dilontarkan oleh pelakon-pelakon di dalam drama dan filem Nur Kasih ini. Begitu juga seperti karya Laskar Pelangi dan Sang Pencerah dari seberang, kerana hasil daripada dialog-dialog yang dilontarkan didalam penceritaan ini barulah aku tersedar dan melihat sesuatu perkara yang mungkin tidak aku lihat sebelum ini. Apapun, matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi sama-samalah berfikir sendiri sampai bilakah permasalahan ini akan selesai sekiranya tidak ada satu produksi yang ahlinya terdiri daripada kalangan para Ustaz dan Ustazah.
Wallahualam.

P/s: Sedang menyiapkan satu skrip untuk ditayangkan di slot cerekarama TV3. Doakan agar dipermudahkan dan diberi ilham yang baik-baik. Amin. Assalam
















Friday, June 3, 2011

::Reborn Again::

Reborn Again..
Hi guys..Lama tak nampak?
Tak sangka.. aku boleh terjebak sekali lagi dalam dunia blogging ni..
Dulu aku ada satu blog..Nama dia 'akudankami' jugak..Kenapa aku dan kami? Pasal blog itu dihasilkan tak lebih kerana untuk aku story perjalanan hidup aku dan kawan-kawan aku..Tapi apakan daya..Kerana kawan aku buat blog tu dan kerana kawan jugak aku delete blog tu...Pasal apa? Rasanya tak perlu kot untuk aku ceritakan benda-benda yang tak best tu..Buat membuka luka yang sudah ditampal itu tercarik semula je..

But now..sekali lagi..This blog has been reborn again..
Alhamdulillah..
Tak sangka aku masih lagi boleh menggunakan perkataan 'akudankami' tu untuk rebornkan this blog semula.. Aku ingatkan dah kena curi dengan blogger-blogger lain..Cos..waktu aku taip perkataan 'akudankami' dekat google alih-alih aku nampak link satu blog tu yang menggunakan header dia akudankami jugak..
So..Thanx to pakcik google sebab save kan nama ni exclusive untuk aku.. :)

Perjalanan blog ni..
Mungkin kali ni konsep untuk blog ini akan menjadi lebih terbuka..Tak seperti blog akudankami yang lama dulu-banyak picture2 kawan-kawan aku dan aktiviti camping kami bersama je..So,orang-orang yang view blog tu pun hanya terdiri dari kalangan member-member aku je.. :(

So..this blog will discuss about anything..Life,gender,politics,hobby,art,current issues,comics,cartoon,films and bla bla bla..
So..I am very hopefully to be consistent to update this blog..Amin :)
And also..
I am very very appreciate if you guys dapat sama-sama berkongsi pendapat dengan aku..Bak kata seorang sahabat nabi : Kesalahan ramai orang itu ada lebih baik dari kebetulan seorang.. So,let us be the one..

Update
Persoalannya sekarang..Bilakah blog ini akan di update?
Insyaallah..aku akan try update this blog 2 minggu sekali. Jadi ini bermakna at least paling kurang pun aku akan try post 2 articles dalam sebulan..Amin..

But Now ?
But now..aku sebetulnya tengah banyak masa lapang sekarang ni..Cos I'm still stuck in UUM..Aaaaaarghhh!!
Fed up betul bila member-member yang lain tengah bercuti di rumah masing-masing tapi aku masih lagi stuck kat sini!
So, disebabkan mungkin tahap kebosanan aku yang melampau ketika ini akan menyebabkan aku update blog ini selalu dalam tempoh sebulan awal kelahirannya nanti...So,aku haraplah takde orang yang mengatakan aku ni hangat-hangat tahi ayam je buat blog..Since mula-mula je banyak posting articles..But then $#^&&%$##*&^.. :)


Last But Not Least
Last but not least..Jadi,kepada sesiapa yang rasanya berminat untuk menjadi follower aku..So,be the 1st or da Top 10 :)..
And dont forget to post da link to your blog too..~
Insyaallah..aku pun akan jadi follower untuk blog-blog korang nanti :)..
Salam..


p/s: Tahniah kepada sahabatku akhi amzar dan akhi adli kerana telah menamatkan zaman bujang mereka baru-baru ni.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...