Saturday, July 6, 2013

Tarbiah Pondok Usrah Fitrah (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Hari ini diberi kesempatan untuk menjengah blog yang dah dekat beberapa bulan ditinggalkan kini.. Kadang rasa malu jugak pada diri sendiri.. Why Rizal? Why..? Kau selalu cakap kau akan selalu update blog.. Tapi last-last.. Tu dia.. Berbulan dah kau tinggalkan akudankami.. Sian dia..Itulah.. Kalau dah niat menulis kengkonon nak buat sideincome (matilah).. Last-last.. Haram.. Ke laut lagi lah aku..

 *Gambar bersama saudara muallaf, Adam Corrie aka Dragon. Jika ditanya pada aku tentang dia, satu perkataan yang terbit dari bibir aku, 'Malu'.

By the way.. Saat aku nak buat posting baru ni pun aku rasa malu dekat diri sendiri. Amanah pada masa, amanah pada blog, amanah pada nikmat (boleh menulis) yang diberikan langsung tak dijaga dengan sebaiknya.. apatah lagi amanah pada pengikut blog walaupun cuma 6 orang jek.. Aaarghh!! Like anyone cares..? Mujur jugaklah ada pembaca blog ni yang contact aku via FB dan tanya pasal posting aku kat blog.. Kalau tak, memang terus terbiar je lah blog ini.. Hahaha :)
*Sebelum bertolak ke Janda Baik. Sedang menunggu Heliza Helmi datang.

Ok. Untuk posting kali ini, Insyaallah, aku nak share sikit pengalaman aku dan Usrah Fitrah berTamrin/Daurah di Janda Baik. Jadi, kami menginap di Penginapan Aman Rimba. Kalau orang tanya pasal tempat dia.. Sumpah Wallahi aku cakap memang terbaik tempat ni.. Sangat-sangat eksklusif dengan semua fasilities dia sangat selesa.. Siap ada swimming pool, tempat snooker, Wii, decoration setiap rumah yang sangat-sangat PERGH!! Rasa macam tak puas pulak duduk sana 3 hari 2 malam. Sudahlah makanan yang dihidangkan sedap-sedap, rasa macam bila aku kahwin nanti, aku nak panggil je catering diorang ni.. Hahaha. 

 *Antara Kemudahan yang ada di penginapan kami. Nampak tak keselesaannya?

Tapi apa pun, kami datang sini Insyaallah, masing-masing ingin menimba ilmu dari para Ustaz sambil memperbaiki diri dan menguatkan lagi ikatan ukhwah antara keluarga UF. Jadi, keselesaan tempat ini sebenarnya adalah satu BOnUs buat kami. Orang kata, sambil menyelam minum air :)

Bermula dengan hari pertama kami sampai di tempat ini, Ustaz Shahrizan Daud atTurabi memberikan pengisian pada kami selepas waktu maghrib. Antara yang turut dikongsikan pada kami adalah mengenai kata-kata Imam alLais bagaimana caranya untuk membersihkan Hati.

*Ustaz Shahrizan Daud at-Turabi sedang memberikan pengisian
Yang Pertama :

Pemakanan
-Kami ditekankan supaya menjaga apa yang dimakan. Lihat kepada apa, bagaimana dan di mana kita makan. Jangan tanya kenapa kadang kita rasa malas untuk beribadah dan bekerja, jangan tanya kenapa kita mudah marah, mudah terasa dengan orang lain dan lain-lain lagi. Hal ini semuanya bermula dari situ. Hati yang malas datangnya dari pemakanan. 

-Tidakkah kita pernah mendengar hadith yang berbunyi " Tiada perut yang dibenci Allah Swt melainkan perut yang penuh berisi dengan makanan yang halal?'. Nah, di situ. Quote sikit kata-kata makanan yang halal.. Itu halal, apatah lagi yang haram kan? Bukankah Nabi juga mengajar kita supaya berhenti sebelum kenyang dan makan dengan tangan kanan? Namun bila kita lihat sentimen budaya dan etika pemakanan korporat, lihat bagaimana 'mereka' mengajar kita supaya memotong daging dengan tangan kanan dan makan dengan menggunakan tangan kiri.. GhawzulFikr secara halus. ;)

*Khusyuk mendengar.. KOT?
Yang Kedua :

Majlis Ilmu
-Perbanyakkan menghadiri Majlis Ilmu. Datang ke masjid-masjid. Iktikaf dan terus menimba Ilmu dari alim ulama. Kerana hati manusia itu hanya akan hidup dengan pengisian-pengisian ilmiah. Sebagaimana tubuh badan kita yang memerlukan makanan untuk terus hidup, begitu juga dengan hati kita yang memerlukan santapan rohani dari majlis-majlis Ilmu. Sesungguhnya Ilmu adalah cahaya yang akan menerangi dan menghidupkan hati-hati kita.

Yang Ketiga :

Qiamullail
-Perbanyakkan Qiamullail. Insyaallah. Ia adalah salah satu ubat hati yang sangat-sangat memberi kesan. Tatkala ramai manusia yang sedang lena, kita bermuhasabah dan bermunajat pada Allah Swt. Lihat saja bagaimana cara Nabi Allah mentarbiah para sahabatnya agar membangunkan malam-malam mereka, kerana di situlah asal segala kekuatan. Even di dalam al-Quran sendiri juga ada menyebut supaya kita menghidupkan malam-malam kita.

* Peserta Perempuan
Yang Keempat :

Tilawah Quran
-1 hari 1 Juzuk, apakah ia sangat mustahil bagi kita? Tidak. Kat sini Ustaz Shah memberikan kaedah yang amat mudah untuk kami khatam al-Quran. Bagaimana? Jika kita lihat, dalam 1 Juzuk al-Quran, tak lari dari 20 muka surat. 20 muka surat bersamaan dengan 10 helai. Kita  solat 5 kali sehari semalam. Jika kita baca 2 helai muka surat selepas setiap kali habis sembahyang, Insyaallah, kita mampu untuk habiskan 1 Juzuk al-Quran sehari. 

-Persoalan dan nasihat pada diri sendiri, mengapa kita boleh layan facebook dari pagi, petang, siang, malam? Mengadap laptop atau handphone atau TV sampai berjam-jam? Baca novel beratus-ratus muka surat? Tetapi pada al-Quran yakni kalam Allah itu sendiri kita tak mampu? Tepuk dada, tanya Iman. Bak kata Ustaz Zulramli, Tanya Iman, jangan tanya nafsu, kerana nafsu itu pasti akan menidakkan perkara-perkara yang baik.

*Peserta Lelaki
Yang Kelima :

Perbanyakkan Zikrullah
-Zikrullah yakni mengingati Allah. Maksud berzikir pada Allah di sini bukan saja lidah yang hanya menyebutnya, tetapi juga pada hati yang seharusnya apabila disebut pada lidah, ia akan memberikan kesan pada hati seseorang. Sebutan pada lidah itu saja tidak menjamin kepada hatinya yang boleh jadi ia sedang berfikir/berimaginasi pada hal-hal lain.

- Penglihatan itu terbahagi kepada 2. Yakni Ra'a (sekadar lihat dengan mata), dan Nazar (iaitu melihat dengan mata hati). Dan yang terbaik di antara keduanya adalah berzikir melalui penglihatan mata yang mana ia akan pergi pada lidah dan juga pada hati. Jadi, bagaimana caranya? Mari kita lihat.
*Sebahagian dari aktiviti kami di sini

- Di dalam al-Quran, Allah ada menyebut, Tidak aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Justeru itu mengapa kita diajak untuk melihat dan berfikir dengan mata hati kita. Sebagai contoh, Mengapa ikan-ikan yang berenang di lautan itu tidak masin sedangkan air laut itu sifatnya masin? Mengapa air laut itu masin, sedangkan pula air sungai yang masuk ke dalamnya itu tawar? 

-Nah. Begitulah antara persoalan yang harus kita fikirkan untuk melihat kebesaran Allah swt. Dari situ, akan timbul rasa kagum pada Allah swt yang telah menciptakannya. Justeru, bertasbihlah dengan memuji Allah swt, berzikirlah dengan nikmat mata yang diberikan untuk melihat kebesaranNya.

Jadi mungkin sampai di sini sajalah yang sempat aku kongsikan untuk posting kali ini. Insyaallah, untuk pengisian Ustaz Zulramli dan Ustaz Shah yang seterusnya akan dikongsikan dalam posting yang lain. Insyaallah.


*Sebelum melakukan solat sunat Dhuha

Sirpunk - 5:56pm. 5/7/2013

No comments:

Post a Comment

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...