Monday, July 8, 2013

My 1st Drama Series : Dia Tetap Ayah, Cast : Namron, Zalfie Raoul, Ana Dahlia, Sherry Ibrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 

Harini aku punya drama siri yang pertama akan ke udara kat astro prima untuk slot bulan Ramadhan.  Muahahahha.. Riak tahap Dewa.. ($.$).v

*Lawo tak? Muahahha
Fuh.. (=.=') 
Tak sia-sia aku pergi rawatan akupuntur dulu. Hasil dari story dengan doktor yang cucuk-cucuk kat muka aku ni lah (aku ada bellspalcy, dekat setahun masih tak sembuh-sembuh lagi), aku dapat story ni.. Dia yang minta aku propose cerita ni berdasarkan pengalaman hidup dia. Katanya, sebab nak bagi pengajaran kat sesiapa yang tonton. So, alhamdulillah. Terima kasih doktor. Jasamu, ku kenang walaupun bellspalcy ku masih tak sembuh-sembuh lagi :)

Tajuk dia, Dia Tetap Ayah. Akan bersiaran Insyaallah dari Isnin hingga Khamis dekat astro prima, pukul 5.00pm-5.30pm, sepanjang bulan ramadhan ni.. Ianya akan diarahkan oleh MakMie (Pengarah Setia Hujung Nyawa) dengan barisan pelakon lama dan baru seperti Namron, Zalfie Raoul, Sherry Ibrahim, Ana Dahlia, Yuswaisar, Watie Sadali, dan lain-lain lagi..

*Lakonan abang Namron yang biasanya tak mengecewakan aku. So far, ada 3 story aku yang dia dah berlakon. Thank You bang.

Jadi, sesiapa yang bosan dan takde kerja nak buat tu, bolehlah jenguk sat kat TV. Kot-kot sesiapa yang tengah nak siapkan juadah puasa dan kuih raya tu, bolehlah uli-uli tepung ke, memasak ke, dekat depan TV k? Open 5 minit pun jadilah.. Naikkan rating. Muahahahha.. 

Apepun, sebelum aku bagi sinopsis cerita ni, meh aku story sikit betapa peritnya aku nak siapkan skrip ni.

Fuh..~ Kalau nak ikutkan, jujur aku cakap, waktu aku nak tulis cerita ni, aku rasa nak hire je penulis pembantu. Stress gila-gila kot! Mana taknya? Kalau nak ikutkan, aku dah lama siapkan cerita ni awal-awal. Sampaikan, waktu nenek aku meninggal kat Indonesia dulu pun aku bawa laptop dan buat kerja kat sana. Kurang ajar kan? Tak hormat langsung majlis! Dah aku nak buat macam mana? Orang kata nak shoot cerita ni awal. Kelam kabut gila aku siapkan..

*Curi dari Instagram Aizat Hassan. Pelakon baru yang bawa watak penting dalam cerita ni. Hopefully you can make it bro..!

So, after settle majlis pengkebumian arwah nenek aku tu, we got around 5 days lagi kat Indonesia untuk rest dan tahlil arwah. So, my mom and my sis decide nak pergi jejalan dan tengok-tengok kawasan sekitar sana. Yelah, bukan selalu pun fly ke Indonesia. Tapi apakan daya, disebabkan aku kena siapkan kerja ni, aku terperuklah dalam bilik hotel sorang-sorang! Faham tak betapa stressnya aku..? Men! This is my time to spend with family! What am I doing here?!!

Lepas tu, balik Malaysia, aku dah hantar skrip ni dekat 12 episod (Semua 16 episod), so left another 4 yang kena settlekan lagi. Tapi, this time dah boleh ambik nafas sikitlah. Bolehlah tenang-tenang menulis baki episod. Tidaklah sampai tak tidur malam macam 12 episod sebelum ni. But the thing is, aku ingat orang yang meminta tu dah baca skrip aku dan takde apa-apa masalah, cos diorang tak contact aku langsung for feedback. So, aku assume ok lah kot. Diorang sukalah tu. Agaknya?

But suddenly, dan-dan je.. bila esok nak shooting, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Tup. Dapat call kata yang pengarah nak jumpa kat office. So then, aku pergilah kat office. Guess what? Aku kena tukar semua jalan cerita aku..!! From the 1st episode kot! Menangis syahdu aku dalam hati time tu. Yelah. Mana taknya, aku ingat dah takde masalah sebab tak dapat perkhabaran dari pihak yang meminta awal tu.. Tapi, last-last.. Aaaarghh!!! Kenapa time ni baru bagitahu? Baru ingat plan nak tidur awal! Aku dah tak tidur berhari-hari.. Cis!

*Yang ni pulak curi dari instagram abang Namron. Muahahaha. Aku sengaja buat kaki dia melecur kena air panas! :)

Takpe. Aku adalah writer baru. Penulisan aku banyak lagi perlu diperbaiki. Aku tak kisah untuk belajar dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mak Mie yang mengajar aku about structure and graph menulis drama bersiri ni. Sebab sebelum ni aku banyak tulis telemovie je.. Kalau buat drama bersiri pun, biasanya dengan writer lain. Contoh, Kisah Cinta, TV3 dengan Eenaz Mokhtar, Rawan, TV9 dengan panel MIG. So, inilah kali pertama aku tulis drama bersiri yang full. Jadi, aku tak salahkan sesiapa. Malah aku berterima kasih kat semua yang sudi mengajar aku macam mana nak tulis skrip ni..

Yelah. Aku pun sebenarnya bukan dari bidang penulisan. Dulu aku belajar Muamalat Admin kat UUM, tulis skrip ni, saja suka-suka, tapi tak tahu akhirnya ramai orang suka dengan idea aku.. So, aku pun pilih menulis skrip as my career. Alhamdulillah. Lagipun, kerja mana yang tak stress? Kan..? Ingat menulis tak stress ke? Cer tulis. Aku menulis Dia Tetap Ayah ni sampai tak tidur malam kot, sehari kena siapkan 4 episod lepas tu. Memang hazab. Lagi-lagi, bila dapat call dari orang production tengah-tengah malam. Fikir lak ayat ' kitorang tak boleh buat kerja kalau skrip kau tak siap, macam mana nak book day pelakon, tempat, prop dan lain-lain.'

Fuh.. Time tu memang aku rasa dah nak give up dah.. Memang rasa nak terbaring kat hospital je terus.. Aku merindui saat-saat aku tengah syok main game dengan tengok movie time tu.. (T.T'). Siap solat hajat kot aku untuk drama ni. Alhamdulillah, Allah menguatkan aku untuk menulis cerita ni. Terima kasih Allah. Aku tak jatuh sakit waktu tu.. Kalau tak, tak jadi shooting cerita ni. Hmmm..

*Curi lagi dari Instagram Aizat Hassan. A relationship between abang dan adik in this story. Hopefully the chemistry good as I expected!

So, habis berceloteh, seperti yang dijanjikan, ini sinopsis Dia Tetap Ayah, aku tulis simple je, cos aku nak sarankan korang tengok cerita ni. Muahahahaha :

DIA TETAP AYAH
Mengisahkan tentang Helmi yang telah berkahwin dengan 3 orang isteri iaitu Maisarah, Faridah dan Alisha. Helmi kemudian menceraikan Maisarah setelah Maisarah tidak sanggup lagi untuk dimadukan. Anak-anak Maisarah, Raimi, Ramli, Mira dan Sarah kemudian telah diabaikan sehinggalah mereka membesar sendiri. Setelah kematian Faridah dan Alisha, Helmi kemudian dihantar ke rumah orang-orang tua atas faktor penyakit dan usianya. Media kemudian membuat liputan di rumah orang tua berkenaan sehinggalah anak-anak Maisarah yang telah dewasa tadu mengetahui akan berita tersebut. Atas dasar ihsan, keempat-empat anak Maisarah ini mengambil Helmi semula dan menjaganya. Namun yang demikian, mereka mula menyedari bahawa mereka masih lagi berdendam dengan apa yang dilakukan Helmi  terhadap mereka dahulu.

*Nok jugak letak gambar dengan Zalfie Raoul. (Ramai yang ingat ni gambar aku dengan Rosyam Nor. Muahahhaha. Takat ni ambo tak pernah bergambar dengan abang Rosyam.)

P/s : Sebenarnya, idea asal cerita ni sangat panjang. Tapi disebabkan kami dapat slot untuk duration 30 minit sahaja, cerita mengenai keluarga Faridah dan perihal Alisha terpaksa dimatikan. So, boleh cakap, apa yang ditayangkan kat TV nanti hanya sekitar 60% sahaja dari idea asal. Apepun, selamat menonton. Semoga membawa sedikit kebaikan untuk semua dalam menjaga hubungan dengan seseorang yang bergelar ayah. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Peace Yo! :)

Sirpunk - 12.46pm, 8/7/2013

Saturday, July 6, 2013

The 1st Book by Diana Amir : Titisan Mahabbah

Assalamualaikum wbt.

Hi, korang semua. Just nak post sikit pasal buku pertama yang ditulis Diana Amir bertajuk Titisan Mahabbah.
*Lawa tak cover dia? Aku beli pasal cover je sebenarnya.. hahaha. (walaupun aku jenis malas membaca, tapi aku suka beli buku, sampai buku-buku kat rumah ni berhabuk sebab tak terusik. Isk3.)

Share sikit apa yang ditulis di cover belakang buku ini :

TITISAN MAHABBAH

Dalam setiap hembusan nafas, langkah dan tidur,
Allah Swt sentiasa memerhati,
Walau sering melakukan Khilaf, tidak mensyukuri dan menginginkan lebih,
Allah Swt sentiasa di sisi,
Menunggu doa hambaNya meminta hanya kepada yang hakiki,
Kerana kemerosotan jiwa, nikmat dan hidayah yang diberi dipandang sepi,
Tetapi, Allahuakbar! Kasih-Nya tidak berbelah bagi,
Peringatan untuk pulang kepada yang merindui sering kembali,
Biar alam, air mata dan kalam menjadi saksi,
Lantas segala hikmah dari perjalanan hidup menuju Ilahi ku teliti,
Apabila ku sedar, tiada terhentinya 'Titisan Mahabbah' dari Ilahi,
Ku sambut ia dengan kesyukuran nan suci.

*Aku dapat tandatangan dia, korang ade? Riak tahap tertinggi. Muahahaha.

Diana Amir seorang gadis biasa yang bertindak secara luar biasa, meninggalkan zaman kegemilangan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang berlaku sebenarnya? Ranjau apakah yang dilalui sepanjang perjalanan kehidupan gadis ini?

Naskhah ini adalah himpunan kisah peribadi beliau yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati. Hayatilah coretan kisah-kisah ini sebaiknya. Ia bukan sahaja penghibur pada kala sunyi, bahkan pengubat keresahan hati. (Ini bukan aku tulis. Ada kat cover belakang. Jadi kalau korang rasa sunyi, insyaallah, buku ini akan memeriahkan hidup anda. Muahaha..)

P/s: Aku perlukan setahun untuk menghabiskan 122 mukasurat ini. Jadi, kalau ada yang Pm aku suruh komen pasal buku ni, tunggulah lagi setahun K.

Sirpunk - 11.04am, 6/7/2013

Forum Gaza Kini & Sambutan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Khamis, bersamaan dengan 4 Julai 2013 yang lalu, Usrah Fitrah dengan kerjasama AmanPalestin telah menganjurkan 1 forum yang diberi nama 'Forum Gaza Kini & Sambutan Ramadhan yang diadakan di Masjid Muttaqin, Wangsa Melawati.




Jadi, forum kali ini diadakan tak lain dari untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai keadaan Gaza, Palestin yang masih lagi terus berjuang untuk mendapatkan semula alQuds dan tanah air mereka yang telah dijajah zionis, selain dari untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang semakin menjelang tiba.

*Saudara dari Palestin.
Alhamdulillah. Sebab Allah masih memberikan aku kekuatan untuk menyertai program ini. Dan alhamdulillah juga sebab meeting PrePro untuk shortfilm aku petang tu tak drag sampai ke malam. Dan alhamdulillah lagi, sebab hujan petang tu tak turun lebat sampai ke malam. Dan Alhamdulillah lagi sekali, sebab aku masih ada motorsikal kapcaiku untuk ke sana. Kalau tak, alamatnya memang aku tak pergi jugak program ni. Hahaha..

Namun apapun, satu berita sedih yang baru aku dapat tahu pagi itu adalah berlaku rampasan kuasa kepimpinan Perdana Menteri Morsi di Mesir bilamana tentera Mesir sendiri telah menggulingkan presiden mereka yang dipilih secara sistem demokrasi. What the hell kan?.(O.o').v. Patutlah pagi tu aku tengok facebook aku, newsfeed penuh dengan posting kawan-kawan dari Mesir yang menyatakan kesedihan mereka terhadap apa yang berlaku di sana. Kita yang duduk jauh dari sana pun dah rasa sedih, apatah lagi yang ada kat sana? Tengok Islam VS Islam, yang untungnya musuh-musuh Islam jugak.


No wonderlah bila sahabat aku dari Palestin, Hamza Deirawi (one of the panel malam tu) post kat fb dia, cakap yang dia tak lepas border untuk masuk ke Mesir sebab kena sekat hampir 20 jam beberapa hari lepas. Mungkin disebabkan atas faktor keselamatan? Ceh! Apapun, semuanya alasan je tu. Kalau ikutkan pengalaman aku ke Mesir dan nak masuk ke Palestin, askar-askar Mesir ni memang 'sejenis' sikit. Sentimen pemikiran yang diterapkan waktu pemerintahan Hosni Mubarak dulu ternyata masih melekat lagi dalam pemikiran mereka.


Baru je Mesir buka sempadan untuk keluar masuk Mesir-Palestin sewaktu di bawah kepimpinan Dr. Morsi, alih-alih, tak sampai setahun, alamatnya jadi sukar kembalilah nak masuk ke Palestin lepas ni. Sudahlah waktu zaman kepimpinan Hosni Mubarak lebih 30 tahun lalu, kemasukan keluar masuk Mesir-Palestin sukar. Bantuan makanan dan perubatan apatah lagi kan?


So sekarang ni, ramai pemimpin-pemimpin dunia termasuk Arab Saudi, UAE, Iran dan lain-lain yang menyokong dan mengucapkan tahniah pada Mesir atas penggulingan ke atas kepimpinan Dr. Morsi. Kelakar lak. Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang telah menghafal al-Quran di dalam dadanya, digulingkan, dan disokong pula oleh mereka yang bergelar Islam. Sedangkan terdapat sebahagian paderi itu sendiri ada menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Dr. Morsi. Adoyai. Buat malu je.


Kalau ikutkan rasa hati, memang nak marah. Tapi kita ni tak boleh buat apa melainkan dari terus berdoa, dan menyatakan sokongan dan mengutuk melalui Facebook jek. Mujur ada Facebook, tapi tu pun Israel jugak. So, kita gunakanlah medium yang ada ini untuk sebaik-baiknya. Harap-haraplah, Mesir tidak menyekat lagi bantuan yang masuk ke dalam Palestin seperti dulu. Kita doakanlah K. Amin.


Apapun, tak dapat nak share banyak mengenai Forum malam tu, sebab malam tu fikiran aku ke laut banyak dan sibuk tangkap-tangkap gambar je. So, ini je gambar yang boleh dikongsikan :

*Sebahagian keluarga Usrah Fitrah yang datang.
*Suasana forum malam itu yang dihoskan Suffian Saujana @ DJ Radio IKIM
*Gambar bersama abang Mus, abang Suffian, Diana Amir, dan kak Aida Khalida. Kami berceloteh mengenai kejadian 'halus' yang jadi di Pondok Tarbiah kat Janda Baik tempoh hari.
*Kami semua bersama rakan dari Palestin. Sorry, gambar tak cantik, malas nak godek2 cari yang cantik..

Sirpunk - 9.15am, 6/7/2013

Tarbiah Pondok Usrah Fitrah (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Hari ini diberi kesempatan untuk menjengah blog yang dah dekat beberapa bulan ditinggalkan kini.. Kadang rasa malu jugak pada diri sendiri.. Why Rizal? Why..? Kau selalu cakap kau akan selalu update blog.. Tapi last-last.. Tu dia.. Berbulan dah kau tinggalkan akudankami.. Sian dia..Itulah.. Kalau dah niat menulis kengkonon nak buat sideincome (matilah).. Last-last.. Haram.. Ke laut lagi lah aku..

 *Gambar bersama saudara muallaf, Adam Corrie aka Dragon. Jika ditanya pada aku tentang dia, satu perkataan yang terbit dari bibir aku, 'Malu'.

By the way.. Saat aku nak buat posting baru ni pun aku rasa malu dekat diri sendiri. Amanah pada masa, amanah pada blog, amanah pada nikmat (boleh menulis) yang diberikan langsung tak dijaga dengan sebaiknya.. apatah lagi amanah pada pengikut blog walaupun cuma 6 orang jek.. Aaarghh!! Like anyone cares..? Mujur jugaklah ada pembaca blog ni yang contact aku via FB dan tanya pasal posting aku kat blog.. Kalau tak, memang terus terbiar je lah blog ini.. Hahaha :)
*Sebelum bertolak ke Janda Baik. Sedang menunggu Heliza Helmi datang.

Ok. Untuk posting kali ini, Insyaallah, aku nak share sikit pengalaman aku dan Usrah Fitrah berTamrin/Daurah di Janda Baik. Jadi, kami menginap di Penginapan Aman Rimba. Kalau orang tanya pasal tempat dia.. Sumpah Wallahi aku cakap memang terbaik tempat ni.. Sangat-sangat eksklusif dengan semua fasilities dia sangat selesa.. Siap ada swimming pool, tempat snooker, Wii, decoration setiap rumah yang sangat-sangat PERGH!! Rasa macam tak puas pulak duduk sana 3 hari 2 malam. Sudahlah makanan yang dihidangkan sedap-sedap, rasa macam bila aku kahwin nanti, aku nak panggil je catering diorang ni.. Hahaha. 

 *Antara Kemudahan yang ada di penginapan kami. Nampak tak keselesaannya?

Tapi apa pun, kami datang sini Insyaallah, masing-masing ingin menimba ilmu dari para Ustaz sambil memperbaiki diri dan menguatkan lagi ikatan ukhwah antara keluarga UF. Jadi, keselesaan tempat ini sebenarnya adalah satu BOnUs buat kami. Orang kata, sambil menyelam minum air :)

Bermula dengan hari pertama kami sampai di tempat ini, Ustaz Shahrizan Daud atTurabi memberikan pengisian pada kami selepas waktu maghrib. Antara yang turut dikongsikan pada kami adalah mengenai kata-kata Imam alLais bagaimana caranya untuk membersihkan Hati.

*Ustaz Shahrizan Daud at-Turabi sedang memberikan pengisian
Yang Pertama :

Pemakanan
-Kami ditekankan supaya menjaga apa yang dimakan. Lihat kepada apa, bagaimana dan di mana kita makan. Jangan tanya kenapa kadang kita rasa malas untuk beribadah dan bekerja, jangan tanya kenapa kita mudah marah, mudah terasa dengan orang lain dan lain-lain lagi. Hal ini semuanya bermula dari situ. Hati yang malas datangnya dari pemakanan. 

-Tidakkah kita pernah mendengar hadith yang berbunyi " Tiada perut yang dibenci Allah Swt melainkan perut yang penuh berisi dengan makanan yang halal?'. Nah, di situ. Quote sikit kata-kata makanan yang halal.. Itu halal, apatah lagi yang haram kan? Bukankah Nabi juga mengajar kita supaya berhenti sebelum kenyang dan makan dengan tangan kanan? Namun bila kita lihat sentimen budaya dan etika pemakanan korporat, lihat bagaimana 'mereka' mengajar kita supaya memotong daging dengan tangan kanan dan makan dengan menggunakan tangan kiri.. GhawzulFikr secara halus. ;)

*Khusyuk mendengar.. KOT?
Yang Kedua :

Majlis Ilmu
-Perbanyakkan menghadiri Majlis Ilmu. Datang ke masjid-masjid. Iktikaf dan terus menimba Ilmu dari alim ulama. Kerana hati manusia itu hanya akan hidup dengan pengisian-pengisian ilmiah. Sebagaimana tubuh badan kita yang memerlukan makanan untuk terus hidup, begitu juga dengan hati kita yang memerlukan santapan rohani dari majlis-majlis Ilmu. Sesungguhnya Ilmu adalah cahaya yang akan menerangi dan menghidupkan hati-hati kita.

Yang Ketiga :

Qiamullail
-Perbanyakkan Qiamullail. Insyaallah. Ia adalah salah satu ubat hati yang sangat-sangat memberi kesan. Tatkala ramai manusia yang sedang lena, kita bermuhasabah dan bermunajat pada Allah Swt. Lihat saja bagaimana cara Nabi Allah mentarbiah para sahabatnya agar membangunkan malam-malam mereka, kerana di situlah asal segala kekuatan. Even di dalam al-Quran sendiri juga ada menyebut supaya kita menghidupkan malam-malam kita.

* Peserta Perempuan
Yang Keempat :

Tilawah Quran
-1 hari 1 Juzuk, apakah ia sangat mustahil bagi kita? Tidak. Kat sini Ustaz Shah memberikan kaedah yang amat mudah untuk kami khatam al-Quran. Bagaimana? Jika kita lihat, dalam 1 Juzuk al-Quran, tak lari dari 20 muka surat. 20 muka surat bersamaan dengan 10 helai. Kita  solat 5 kali sehari semalam. Jika kita baca 2 helai muka surat selepas setiap kali habis sembahyang, Insyaallah, kita mampu untuk habiskan 1 Juzuk al-Quran sehari. 

-Persoalan dan nasihat pada diri sendiri, mengapa kita boleh layan facebook dari pagi, petang, siang, malam? Mengadap laptop atau handphone atau TV sampai berjam-jam? Baca novel beratus-ratus muka surat? Tetapi pada al-Quran yakni kalam Allah itu sendiri kita tak mampu? Tepuk dada, tanya Iman. Bak kata Ustaz Zulramli, Tanya Iman, jangan tanya nafsu, kerana nafsu itu pasti akan menidakkan perkara-perkara yang baik.

*Peserta Lelaki
Yang Kelima :

Perbanyakkan Zikrullah
-Zikrullah yakni mengingati Allah. Maksud berzikir pada Allah di sini bukan saja lidah yang hanya menyebutnya, tetapi juga pada hati yang seharusnya apabila disebut pada lidah, ia akan memberikan kesan pada hati seseorang. Sebutan pada lidah itu saja tidak menjamin kepada hatinya yang boleh jadi ia sedang berfikir/berimaginasi pada hal-hal lain.

- Penglihatan itu terbahagi kepada 2. Yakni Ra'a (sekadar lihat dengan mata), dan Nazar (iaitu melihat dengan mata hati). Dan yang terbaik di antara keduanya adalah berzikir melalui penglihatan mata yang mana ia akan pergi pada lidah dan juga pada hati. Jadi, bagaimana caranya? Mari kita lihat.
*Sebahagian dari aktiviti kami di sini

- Di dalam al-Quran, Allah ada menyebut, Tidak aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Justeru itu mengapa kita diajak untuk melihat dan berfikir dengan mata hati kita. Sebagai contoh, Mengapa ikan-ikan yang berenang di lautan itu tidak masin sedangkan air laut itu sifatnya masin? Mengapa air laut itu masin, sedangkan pula air sungai yang masuk ke dalamnya itu tawar? 

-Nah. Begitulah antara persoalan yang harus kita fikirkan untuk melihat kebesaran Allah swt. Dari situ, akan timbul rasa kagum pada Allah swt yang telah menciptakannya. Justeru, bertasbihlah dengan memuji Allah swt, berzikirlah dengan nikmat mata yang diberikan untuk melihat kebesaranNya.

Jadi mungkin sampai di sini sajalah yang sempat aku kongsikan untuk posting kali ini. Insyaallah, untuk pengisian Ustaz Zulramli dan Ustaz Shah yang seterusnya akan dikongsikan dalam posting yang lain. Insyaallah.


*Sebelum melakukan solat sunat Dhuha

Sirpunk - 5:56pm. 5/7/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...