Friday, February 8, 2013

USRAH FITRAH : DI SINI SEGALANYA BERMULA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Masih dikurniakan kekuatan untuk mengupdate blog yang takde viewers ini. Jam sekarang menunjukkan pukul 3.09 pagi bersamaan 8/2/2013. Walaupun besok, Jumaat, adalah hari yang aku tetapkan untuk menyiapkan skrip 'Dia al-Amin', tapi memandangkan aku malas, so, aku decide untuk submit skrip tu minggu hadapan. Lantaklah nak jadi apa pun. Menulis skrip bukannya boleh main tulis je. Ia adalah satu pekerjaan yang perlu berfikir dan terbit dari hati. Ceh. Alasan paling tepat yang boleh digunapakai ketika ini. Apapun, moga-moga aku dapat siapkan sebelum meeting dengan tv9 Khamis depan. Amin. Entry kali ini, Insyaallah, aku akan menceritakan bagaimana bermulanya aku berjumpa dengan Usrah Fitrah. 

*Al-Quran yang dibeli dari Saiful Ayyas
Satu Kisah Lama
Sejujurnya. Aku telah mengenali tarbiah sejak aku Form 5. Sejak itu, aku terus mengikuti jemaah 'not to mention which one' (Insyaallah, akan diceritakan dalam entry yang lain), sampailah aku masuk ke universiti. Namun disebabkan ada beberapa perkara yang terjadi, aku akhirnya telah diserap masuk ke dalam ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) waktu semester akhir aku di universiti. Kat situ sebenarnya banyak perkara yang terjadi. Terlalu banyak 'tekanan' hingga aku rasa baru tersedar dari satu alam mimpi yang cukup panjang. Walhal, budak-budak baya aku yang lain tak terfikirkan pun pasal benda-benda ni semua time tu. Kita remaja. Enjoylah. Kenapa nak sibuk-sibuk berbicara soal jemaah? Just rock your body!

Ketika itu aku hilang. Aku diserahkan pada seorang murabbi baru, yang aku tak boleh terima cara 'halaqah' yang baru. Its totally different. Lalu aku meminta nasihat dari beberapa orang ikhwah. 'Apa yang harus ana buat akh? Ana rasa kosong. Ana rindukan pengisian yang lama. Materi yang lama.' Itu antara bentuk soalan dan luahan perasaan aku. Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Merayu-rayu meminta jawapan. Hinggalah akhirnya, aku menemui jawapan-jawapan itu melalui paksaan demi paksaan supaya ada yang sudi membuka mulut. Aku lalu dinasihatkan agar terus 'bekerja'. Jangan berhenti. Itu letaknya di mana keikhlasan sebenar aku di jalan ini. Aku mahu terus tsabat. Kukuh menggigit.

*Usrah Fitrah membuat persembahan bagi mengutip derma tabung Palestin di Muzium Negara
*Ustaz Shahrizan Daud membuat persembahan
Aku cuba. Aku cuba. Dan aku cuba. Aku cuba mengembalikan suasana yang lama. Bentuk dan cara pengisian halaqah yang lama. Namun ternyata ianya tak berhasil. Ia jadi terhenti di situ. Aku masih kosong. Hinggalah akhirnya, aku lama tidak 'dicontact'. Aku rasa ini mungkin peluang aku. Mungkin ini masanya untuk aku berehat seketika. Allah memberi peluang. Meringankan minda. Menghayati suasana dan keadaan sebenar menjadi seorang 'pelajar' di sebuah universiti. Nah. Di situ aku melihat dunia ini luas. Aku nampak betapa luasnya Islam itu sebenar. Aku jadi masuk semula ke dalam perkara yang aku 'matikan' dari hatiku dahulu. Aku mula masuk teater. Aku mula pergi pusat kebudayaan. Mengenali, bergaul dan membuat program-program dengan orang-orang yang mencintai seni. Mereka yang sama minat denganku.

Namun. Kosong tetap kosong. Aku kembali menghubungi. Cuba menghubungi. Namun entah mengapa, ianya tidak diraikan. Langsung syaitan menyelinap dalam hati. Aku jadi tergoda. Aku mahu bebas. Aku ingin mengejar semula impian lamaku dahulu. Menjadi anak seni. Menjadi orang wayang. Lama. Hampir setahun atau lebih aku tidak 'diisi'. Hinggalah mungkin, ianya mati. Dan mati. Dan mati lagi. Aku cuba bangkit. Aku diberi 3 jalan pilihan. Yang pertama, aku boleh berpatah kembali ke 'jalan' lama. Yang kedua, aku boleh terus menjadi orang kebanyakan. Yang ketiga, aku boleh mencari 'jalan' yang lain, yang mungkin aku lebih selesa dan seseuai dengannya. Hinggalah akhirnya, aku memilih untuk pilih yang ketiga itu. 

*Usrah Fitrah di Tv al-Hijrah

Irma Hasmie dan Adam Hamid

Ketika itu aku nampak penghijrahan Irma Hasmie di internet. Aku cuba contact beliau melalui facebook. Tap. Tiada jawapan. Hinggalah kemudian, aku melihat akaun facebook Adam Hamid. Aku hairan. Apakah dia juga telah berhijrah? Aku berbual dengannya. Ya. Dia juga telah berhijrah. Namun dia tak punya usrah untukku. Katanya, dia banyak mengikuti pengajian Ustaz Azhar Idrus sahaja. Lalu dia memberi cadangan agar aku bertanyakan Irma Hasmie. Lalu aku terus menantikan jawapan di facebook. Lama. Masih tidak berbalas. Entahlah. Terlalu sibuk barangkali. Tak mungkin seorang artis akan mampu membalas setiap mesej orang di facebooknya kan? Siapa aku?

Diana Amir
Lalu aku ternampak pula Diana Amir. Juga telah berhijrah. Manis. Aku ingin bertanya padanya, kalau-kalau dia tahu mana-mana usrah yang boleh aku sertai. Kami di bawah Metrowealth International Group (MIG) ketika itu. Dia sebagai artis dan aku sebagai pelajar praktikum di bahagian Panel Skrip. Allah sedang membuka jalan untukku. Mungkin. Namun entah mengapa. Terlalu sukar untuk berbual dengannya. Apatah lagi bertanyakan soalan. Dia jarang ke pejabat. Datang pun hanya seketika. Tak sempat untuk berbual apa-apa. Hanya sempat, mengukir senyuman antara satu sama lain sahaja. Aku lalu ikut rentak lagi. Terus mencari apakah kesudahan yang Allah ingin aturkan buatku.

Sewaktu Pratonton Filem Budak Pailang
Aeril Zafril

Hinggalah kemudian, aku bertemu dengan Aeril Zafril pula. Juga artis MIG ketika itu. Dari situ, aku mendengar Aeril juga kini sedang mengikuti pengajian-pengajian agama. Kesempatan lalu muncul sewaktu aku ingin menunaikan solat zohor. Aeril ada di pejabat ketika itu. Lalu kami pun solat bersama. Aku berbual dengannya. Cuba mengorek rahsia apakah dia dari mana-mana jemaah. Tiada sebarang jawapan. Hanya senyuman yang terukir. Aku tak putus asa. Aku contact beliau di facebook. Berbalas. Lalu aku tahu dia banyak mengikuti pengajian Habib Ali. Aku diam. Mungkin tak kena pada hati. Tak kena dengan jiwa. Lagipula, dia mula sibuk ketika itu. Jadi, pencarianku terhenti di situ.

 Sewaktu kutipan Amal untuk Tabung Palestin

Iqram Dinzly

Masuk bulan Ramadhan, aku benar-benar kosong. Macam nak gila. Aku lalu berdoa dan berdoa. Aku minta pada Allah. Pertemukanlah aku dengan tarbiah, yang sesuai denganku, yang kena pada jiwaku. Akhirnya, mimpi lalu menjadi kenyataan. Allah mengangkat doaku. Subhanallah. Menjelang 10 malam terakhir Ramadhan, aku bertemu Iqram Dinzly di Masjid Syakirin, KLCC. Sedar tak sedar, aku sedang bersembahyang dengannya. Benar-benar di sebelahku. Kami solat Subuh berjemaah bersama. Peluang lalu terbuka luas. Dia benar dari Usrah Fitrah! Akhirnya, dia lah yang membawaku pada Usrah Fitrah. Dari situ, aku mengenali Yatt Hamzah, aku bertemu Irma Hasmie, aku bertemu Diana Amir, Noryn Aziz, Heliza Helmi, Zoey Rahman, Siti Nordiana, Salima dan lain-lain. Alhamdulillah. Betapa cantik aturanMu ya Allah. Engkau mempertemukan aku dengan mereka dalam bulan yang paling mulia. Pada malam yang mungkin lebih bermakna dari seribu malam.

Terima kasih ya Rabb. Satu penantian yang cukup lama dan melelahkan bagiku.

 *Sewaktu Majlis bacaan Yassin dan Tahlil
 *Event yang sama
 *Sewaktu Ustaz Zul Ramli memberi pengisian Sirah Nabawi
 *Sewaktu Helmi Yusuf baru menyertai kami
 *Kami di tv al-hijrah. Selepas sebahagian dari mereka yang pulang dari Gaza.

Doakanlah kami semua terus tsabat di jalan ini..
Berkembang dan terus berkembang.
Insyaallah.
Amin ya Rabbal alamin.
Sirpunk - 4.50am, 8/2/2013

24 comments:

  1. Alhamdullilah.
    Semoga redha Allah sentiasa mengiringi jalan kau rizal. :)

    Nak cari usrah yg sesuai sekarang nie mungkin susah.
    Doakan aku juga dapat jumpa kumpulan usrah aku.

    ReplyDelete
  2. Amin.. Insyaallah..
    Ima. Cant belive you still read this blog..Huhu :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....maaf sy ingin bertanya kumpulan usrah mana yg saudara ikuti kerana sy juga sedang mencari kumpulan usrah utk di ikuti

    ReplyDelete
  4. assalam..
    saya nk bertanya macam mana nak mencari kumpulan usrah?
    ade jugak ke yg sesuai dan xsesuai?
    masih baru berhijrah..

    ReplyDelete
  5. @Emilia Aida Abd Latif :

    Saya mengikuti kumpulan Usrah Fitrah. Sekiranya saudari Emilia ingin mencari kumpulan Usrah, insyaallah, saya boleh tolong.. Boleh PM saya kat FB tu elakkan misscom K. :)

    ReplyDelete
  6. Honey Roy :

    Alhamdullillah sekiranya saudari berhijrah. Yup. Kumpulan usrah ada banyak, jadi terpulang kepada keselasaan saudari untuk mengikuti yang mana satu. Semua kumpulan usrah insyaallah sesuai. Yang tak sesuai cuma yang sesat saja. Untuk pertanyaan detail boleh PM saya kat fb K :)

    ReplyDelete
  7. As salam..
    saya dan suami masih mencari2 kumpulan usrah untuk audit diri... boleh cadangkan kami kumpulan yang ok? - ayien_nor@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. saya juga sedang mencari kumpulan usrah..?
    boleh tolong cadangkan.. terima kasih..
    emel saya amirah74@gmail.com

    ReplyDelete
  9. salam..saya juga sedang mencari kumpulan usrah,,jika ada sesiapa mempunyai boleh juga email pada saya..
    sya_sheqa@yahoo.com..
    terima kasih:)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, saat ini ana sedang google bagaimana untuk mencari kump usrah. ana tdk pernah mengikuti mana2 usrah, tapi hati ini kini, sering saja terpanggil utk mencari. sekiranya ada yg tau, bolehkn kiranya beritahu ana mana2 kump usrah yg ada? ana tinggal di shah alam. saxomia@gmail.com

    ReplyDelete
  11. salam, saya juga mencari kumpulan usrah. emailkan pada saya maklumat sebab saya jarang on fb saya. terima kasih kerana membantu. email: hidayah.nur.mohamad@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.Saya ingin menyertai Usrah Fitrah untuk menyumbang tenaga dan kelebihan yg ada utk kebaikan agama Islam. email saya mahathiryingyang@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Asslamualaikum , ana ingin menyertai usrah luar dari kolej ana
    bagaimana ana dapat menyertai kumpulan Usrah Fitrah ini ?

    najlaanajwa@gmail.com ini email ana :') mohon bantu ana

    ReplyDelete
  14. Salam... Sy juga berminat mencari kumpulan usrah.... Please email to caisha08@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Salam.. Sy juga bminat untuk mnyertai kumpulan usrah tp tak tahu mcm mna. Mohon bantuan.
    email : shy.artwork@gmail.com
    terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. boleh bg link FB? thanks

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum, saya berminat dgn usrah fitrah.. saya sedang berhijrah

    ReplyDelete
  18. bole bagi cara nk join usrah fitrah takk,,
    ni email saya
    nurulasyiqin206@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbk
    Saya seorang penceramah bebas.

    Saya berminat memberi sumbangan dalam bentuk Motivation Talk kpd Usrah fitrah secara percuma.

    Bagaimana caranya supaya saya boleh berbuat demikian?

    No saya: 012-7265337

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, sy berminat utk sertai usrah utk memperbaiki diri sendiri. Boleh sy pm FB?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum
    Saya juga masih tercari2 group usrah yang selalu berhampiran dengan kawasan saya.
    Adakah tidak menjadi kesalahan jika saya membawa anak saya yang berumur 2 tahun ke usrah? Saya surirumah, tidak mwmpunyai pengasuh.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    Saya juga masih tercari2 group usrah yang selalu berhampiran dengan kawasan saya.
    Adakah tidak menjadi kesalahan jika saya membawa anak saya yang berumur 2 tahun ke usrah? Saya surirumah, tidak mwmpunyai pengasuh.

    ReplyDelete
  23. Sy mencari kumpulan usrah. Shah Alam. Hsyuhada90 @gmail.com atau Facebook syahida zainudin

    ReplyDelete

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...