Wednesday, February 6, 2013

Sannah Helwah Heliza Helmi!!

Alhamdulillah..!

Di saat hari-hari yang sedang sibuk untuk menyiapkan skrip telemovie terbaru bertajuk ' Dia al-Amin', ditambah pula dengan 3 lagi skrip supertelemovie yang sedang menunggu masa untuk ditulis, aku masih sempat mengupdate blog ini. Sebenarnya petang ni ingat nak pergi joging kat Taman Tasik Titiwangsa. Al-maklumlah, berat hamba kini sudah mencecah 62kg! Matila! Dah comel sekarang ni. Hahaha.. Tapi, alhamdulillah. Allah telah menurunkan hujannya dengan lebat pada petang ini. Rahmat untuk lemak-lemak yang tersimpan di badan ini. Apapun, bukan itu yang ingin dipost di sini. (-.-').v

Hari Isnin lalu bersamaan dengan 4 Februari 2013, Usrah Fitrah telah menyambut hari jadi Heliza Helmi yang ke 37!! Sannah Helwah ukhti!! Moga dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang soleh dan bertemu kita di Mesir nanti. Mesir? Uhuk. Uhuk. Insyaallah. Program Usrah Fitrah yang seterusnya adalah ke Mesir bulan 3 nanti. Daurah selama 5 hari/seminggu mungkin. Jadi, doakanlah hamba dapat menyertai mereka juga (><). Hamba tak pernah naik flight lagi sepanjang hidup 24 tahun di muka bumi ini. Amin.

Berikut adalah beberapa keping gelagat kami di Usrah Fitrah malam itu sebelum memulakan pengajian :

Ini namanya kek. Blueberry Black Forest rasanya. (=.=')

 
Gelagat sri kandi Usrah Fitrah baca doa makan
  
Yang tudung kaler pitch baju biru gelap polka dot tu adik Heliza Helmi. ^^

 Just a small give from me to her. 

 
Heliza Helmi dan Yatt Hamzah yang selalu cergas. 
(Sorry. Gambar ni tak di edit)

Nah. Itu je yang sempat ditangkap. Ada yang lain, tapi angle camera sama. So, aku tak upload sebab nampak bosan dan takde jiwa. Gambar kekanda-kekanda Usrah Fitrah terlupa pulak nak tangkap malam tu. Kui3. Padahal, malam tu meriah je sebab Zoey, Nubhan dan Helmi MHI datang. (=.=).v.

Sekian, Terima kasih.
Untuk semua..
Ana uhibbukafillah.. :)

Sirpunk, 6/2/2013, 7.19pm

No comments:

Post a Comment

Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...